Daulah Educonsult menawarkan khidmat konsultan pelbagai bidang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bidang yang ditawarkan juga berbagai dimana terdiri daripada kejuruteraan, perubatan, farmasi, pergigian, pengajian Islam, bahasa Arab dan lain-lain bidang.
Mesir adalah negara yang popular menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian. Negara padang pasir tersebut mempunyai universiti yang terkenal di seluruh dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Universiti ini sering menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian.
Syarat bagi pelajar yang ingin sambung ke Mesir adalah berdasarkan bidang masing-masing. Bagi jurusan sains iaitu perubatan, pergigian, surgeri dan farmasi hendaklah sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam SPM melalui subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik. Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia.
Tetapi, Daulah Educonsult juga menawarkan pelajaran tanpa memerlukan sebarang sijil dengan menyertai Program Madrasah Daulah. Program ini terbuka kepada mereka yang berumur 12 hingga 30 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Selepas pelajar menyertai program ini, pelajar akan didedahkan dengan pelajaran berkaitan pengajian Islam dan aktiviti.
Peringkat seterusnya pelajar akan menduduki ujian dari program tersebut iaitu Ujian Imtihan Qabul yang mana akan menentukan pelajar untuk memasuki Maahad Buuth atau Dirosah Khossoh. Pelajar yang mendapat keputusan baik akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Sekiranya pelajar mendapat keputusan yang kurang baik akan dimasukkan ke Dirosah Khossoh.
Seterusnya, pelajar yang berjaya memasuki Maahad Buuth akan ditawarkan untuk sambung pengajian ke Mesir iaitu Universiti Al-Azhar. Bidang yang ditawarkan hanyalah pengajian Islam dan bahasa Arab. Bidang selain pengajian Islam dan bahasa Arab adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai SPM sahaja.
Tempoh pengjian bagi bidang perubatan ialah selama 6 tahun, bagi bidang farmasi ialah 4 tahun manakala pergigian ialah selama 5 tahun. Seterusnya bagi bidang pengajian Islam ialah selama 4 tahun maksimum bagi di Mesir.
Berminat untuk sambung pengajian ke luar negara, sila hubungi nombor yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut.
Hubungi talian hotline : 0392851322 Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Bila anak mula bercita-cita untuk menjadi doktor, perkara pertama yang bermain di fikiran ibu bapa biasanya:
❓ Universiti mana yang sesuai?
❓ Bagaimana pengalaman belajar di...
Bila sebut sahaja tentang Bandung, ramai yang terbayangkan suasana bandar yang nyaman, kos kehidupan yang lebih bersahabat dan kehidupan mahasiswa yang aktif.
Tetapi tahukah anda?...
Anak bercita-cita menjadi doktor veterinar? Jangan hanya fikir tentang universiti yang dekat atau mudah untuk dimasuki. Fikirkan juga tentang peluang yang mungkin terbuka untuk...