‘Demam Korea’ yang melanda seluruh dunia terutama golongan remaja telah menjadikan sumber inspirasi kepada seorang pengusaha restoran di Bandung, Indonesia tampil dengan ideanya yang menarik dalam penghasilan produk makanannya.
Pengusaha restoran tersebut, Savi menceritakan yang dia hasilkan minuman tradisional Korea, soju tetapi diolah ramuan dan cara penyediaannya menjadikan ianya versi halal, beritahunya kepada portal berita Kompas.com.
Tambahannya, “Minuman Mojiso ini tidak seperti soju di Korea. Bahannya dan cara penyediaannya sangat berbeza dan disebabkan itu ia halal untuk diminum”.
Minuman tradisional Korea, soju tulen merupakan minuman keras yang mengandungi 17 hingga 20 peratus alkohol di dalamnya. Malah, minuman berkenaan tersebut juga dibuat dengan menggunakan nasi, gandum atau kentang.
Pengusaha itu memberitahu bahawa idea untuk menghasilkan minuman itu timbul selepas dia menonton drama bersiri Korea yang mendorongnya untuk mencuba minuman dan makanan negara berkenaan. Tambahnya lagi, dia mencuba resepi soju selepas dia mempelajari resipi mojito oleh rakannya yang mengusahakan sebuah kafe.

Penghasilan minuman berkarbonat tersebut telah memuaskan hatinya dan mula memasarkan minuman tersebut kepada rakannya Rinda, yang memiliki kedai makanan dalam talian Warung Mini Ummik Project. Dia juga telah menghasilkan beberapa perisa termasuk yogurt, laici, teh hijau dan strawberi.
Soju versi halal berjenama Mojiso itu telah dilabelkan sebagai minuman sparkling Korea yang dijual dalam botol berwarna hijau. Sebotol soju halal dengan kandungan 360 mililiter dijual dengan harga 45,000 Rupiah (RM12.80) dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan seluruh Pulau Jawa.

– Ogos 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here