Israel mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Emeriah Arab Bersatu (UAE). Kenyataan ini diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Selasa lepas. Meir Ben Shabbat bakal ketuai delegasi berkenaan.

Secara rasminya, hampir kesemua negara-negara Arab yang berada dalam Liga Arab tidak mengiktiraf kedudukan Israel keuali Jordan dan Mesir dan juga UAE. Malaysia adalah salah satu negara yang tidak mengiktiraf kedudukan dan juga kewujudan negara ini. Passport Malaysia jelas menyatakan tidak boleh digunapakai di negara Israel.

Perjanjian ini menurut Netanyahu adalah merujuk kepada perdamaian dan nirmaslisasi dengan UAE. Ini adalah perjanjian bersejarah dan akan membawa kepada pertumbuhan selain dapat membantu mewujdukan kemakmuran ekonomi khususnya dalam situasi COVID-19.

BACA JUGA :   ATLET ISRAEL "DIHARAMKAN" MEMASUKI MALAYSIA

Penerbangan UAE-Israel bakal wujud jika perjanjian ini benar-benar berlaku. Perdana Menteri Israel juga berharap rakyatnya segera mengunjungi Dubai dan Abu Dhabi. Arab Saudi sebelum ini memberi bayangan untuk mempersetujui perjanjian ini. Namun belum memutuskan sama ada membenarkan kedua-dua negara tersebut menggunakan ruang udara untuk penerbangan tersebut.

Hal ini kerana tanpa persetujuan negara Arab, penerbangan mungkin akan melakukan pusingan yang jauh. Tambahan ianya juga lebih berisiko kerana perlu melalui Yaman dan juga Teluk Parsi.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here