Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa kerajaan akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera bagi setiap premis di seluruh negeri di Malaysia melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Kewajipan mewartakan aplikasi tersebut bagi setiap premis adalah disebabkan masalah yang dihadapi untuk mengesan kontak rapat di premis yang tidak mempunyai rekod maklumat pelanggan sekiranya terdapat kes positif Covid-19.
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di kawasan terlibat bagi mengesan kontak rapat di premis yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) telah mengumunkan Pejabat Peguam Negara akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera bagi setiap premis di seluruh negeri di Malaysia.
Tambahan, Menteri Kanan Pertahanan, pengecualian akan hanya dibenarkan di lokasi luar bandar dan bandar kecil yang tidak mempunyai sambungan internet dan mereka dibenarkan untuk menggunakan secara manual.
Selain itu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19. Syarikat e-hailing juga memainkan peranan penting dalam memerangi virus ini dengan mengutamakan pemakaian pelitup muka semasa di dalam kenderaan awam.
Pernah terfikir untuk menyambung pengajian ke luar negara, tetapi masih menunggu keputusan rasmi SPM?
Tahukah anda bahawa sesetengah universiti luar negara membenarkan pelajar memulakan proses...
“Anak saya dapat keputusan yang baik, tetapi tak berjaya mendapat tempat di IPTA untuk bidang yang diimpikan. Apa pilihan yang ada?”
Soalan ini mungkin pernah...
“Kalau anak pergi Rusia, selamat ke?”
Ini antara soalan pertama yang sering bermain di fikiran ibu bapa apabila anak mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian di...