Seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian yang tidak dijangka apabila sebuah letupan telah berlaku di sebuah bandar di Lubnan iaitu bandar Beirut. Letupan itu berpunca daripada sebuah gudang yang menempatkan bahan letupan Ammonium Nitrate.
Kejadian tersebut telah menyebabkan 3,000 orang cedera dan 78 orang telah maut. Malah, beberapa buah hospital yang terletak di bandar berkenaan juga turut musnah dan menyebabkan kesesakan luar biasa di hospital yang masih ada.
Ini kerana hospital yang masih ada perlu menampung jumlah pesakit pandemik Covid-19 dan juga mangsa yang tercedera disebabkan oleh kejadian letupan tersebut. Jumlah kes positif Covid-19 di negara tersebut telah meningkat kepada 5,000 orang menurut Menteri Kesihatan Lubnan.
Berikutan kejadian tersebut, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengisytiharkan hari Rabu sebagai hari berkabung negara berkenaan. Pada mensyuarat yang diadakan, Hassan Diab menegaskan untuk mengenakan hukuman kepada mereka yang bertanggungjawab kerana menyimpan 2,700 tan Ammonium Nitrate yang membahayakan nyawa manusia.
Presiden Lubnan Michael Aoun juga mengisytiharkan bandar Beirut dalam keadaan kecemasan dan mendesak kabinet untuk mengumumkan darurat di bandar tersebut selama dua minggu.
Pernahkah anda menyimpan impian untuk menyambung pengajian ke luar negara, tetapi masih keliru tentang langkah pertama yang perlu dilakukan?
Mungkin anda bercita-cita menjadi doktor, doktor...
Tak perlu tunggu sehingga umur 18 tahun untuk mula merancang masa depan pendidikan! ๐๐
Ramai ibu bapa memilih laluan IGCSE untuk anak-anak kerana sistem ini...
Ramai pelajar mempunyai impian untuk menyambung pengajian ke luar negara. Ada yang bercita-cita menjadi doktor, doktor gigi, ahli farmasi, doktor veterinar atau menceburi bidang...