Madrasah Daulah sebuah tahfiz yang terletak di Kaherah, Mesir dan membuka tawaran kepada mereka seawal berusia 12 tahun hingga 30 tahun! Seawal 12 tahun pelajar dapat belajar ke Kaherah, Mesir dan memasuki universiti antarabangsa dengan usia yang sangat muda.
Sebelum memasuki Madrasah Daulah, pelajar perlu berdaftar di bawah Daulah Educonsult yang akan membawa pelajar ke program Madrasah Daulah. Program ini menyediakan beberapa subjek dan aktiviti kepada pelajar yang terdiri daripada
? Tahsiinul Qur’an
? Tahfizul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Bahasa Arab
? Pengajian Umum
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
? Program Study Tour
Subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah adalah untuk mempersiapkan pelajar untuk menduduki ujian yang disediakan di sini. Ujian tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul yang akan membawa pelajar ke Maahad Buuth.
Selepas menduduki Ujian Imtihan Qabul, pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan dimasukkan ke Maahad Buuth dan sekiranya pelajar mendapat keputusan yang kurang memuaskan akan ditempatkan ke Dirosah Khossoh.
Pelajar yang melepasi Maahad Buuth akan ditawarkan ke Universiti Al-Azhar untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tetapi pelajar hanya ditawarkan dalam bidang Pengajian Islam, Ulum-Islamiyyah dan bahasa Arab sahaja. Madrasah Daulah akan memastikan semua pelajar berjaya melepasi Ujian Imtihan Qabul untuk mudahkan mereka ke peringkat seterusnya.
Jika ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
?   Hubungi talian hotline : 0392851322
?   Customer service 1 :0189624322
?   Customer service 2 :0182429322
?   Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here