Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa melanggar perintah kuarantin yang beliau patut jalani selepas pulang dari Turki pada 7 Julai yang lalu.
Kerajaan tetap dengan pendirian bahawa tiada sesiapa pun ynag boleh terkecuali dari perintah kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan dan setiap rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara, tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya kepada Metro “Sehubungan itu, saya serahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang”.
Sebelum ini, Harian Metro telah melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan Mohd Khairuddin dikenakan denda sebanyak RM1,000 atas kesalahan melanggar perintah kuarantin.
Kerajaan telah mewajibkan semua individu yang pulang ke Tanah Air dari luar negara perlu menjalani perintah kuarantin selama 14 hari sama ada warga tempatan atau warga asing bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Tindakan ini terletak di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit (Akta 342).
Kesalahan yang dilakukan oleh Mohd Khairuddin telah mengikut kepada Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

– Ogos 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here