Sekarang keputusan Unit Pengambilan Universiti (UPU) telah keluar dan banyak pelajar lepasan SPM dan STPM terutamanya telah memilih untuk sambung belajar ke IPTA mahupun IPTS. Akan tetapi ada juga yang membuat keputusan untuk sambung ke Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matriks dan asasi.
Apapun pilihan mereka, ucapan tahniah kepada semua pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga STPM. Segala keputusan adalah terletak kepada rezeki masing-masing. Jadi untuk kesempatan itu, Daulah Educonsult telah menawarkan sambung pengajian ke luar negara dengan pelbagai bidang yang ditawarkan kepada mereka.
Negara yang ditawarkan kepada pelajar ialah Rusia, Poland, Indonesia, Bangladesh dan juga Mesir. Kesemua negara tersebut mempunyai bidang menarik iaitu perubatan, pergigian, kejuruteraan, farmasi, pengajian Islam, bahasa Arab dan banyak lagi. Pelajar boleh pilih bidang apa yang mereka nak tetapi perlulah tengok kepada result juga ye.

Tempoh pengajian bagi bidang perubatan ialah 6 tahun manakala bidang farmasi ialah 4 tahun. Bagi sesi pendaftaran pula ianya mengikut kepada universiti yang dipilih oleh pelajar kerana setiap universiti dan negara mempunyai sesi pendaftaran yang berbeza-beza.
INDONESIA
Indonesia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya, makanan,adat dan agama. Malah mereka juga serumpun dengan kita yang memudahkan pelajar untuk sambung belajar ke sana. Di Indonesia, pelajar tidak akan menghadapi banyak masalah untuk memilih makanan atau mencari tempat sembahyang di sana.

Universiti yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi di Indonesia oleh Daulah Educonsult ialah Universitas Hasanuddin di Makassar, Universitas Gadjah Mada, Universiti Sumatera Utara di Medan, Universitas Padjadjarand, Universiti Airlangga di Surabaya, Universitas Brawijaya, Universitas Trisakti dan Universitas Andalas.
RUSIA
Rusia ialah negara yang mempunyai suhu yang sangat dingin walaupun negara itu mengalami empat musim dalam masa setahun. Kebanyakkan pelajar berminat untuk sambung belajar ke sini kerana ianya pengalaman yang menarik untuk belajar dalam suasana sejuk sepanjang masa.

Di sini juga terdapat bidang perubatan tetapi tidak mempunyai bidang farmasi. Universiti yang menawarkan bidang perubatan ialah Kursk State Medical University, Russia national Research Medical University, Saint Petersbug University, Privolzhsky Research Medical University, Volvograd State Medical University dan I.M. Sechenov First Moscow State Medical University.
MESIR
Mesir pula terkenal dengan negara padang pasir dan pembinaan piramid disekelilingnya. Di Mesir, terkenal dengan sebuah universiti yang merupakan sebuah pusat pengajian Islam terkenal di sleuruh dunia iaitu Universiti Al-Azhar.

Pelajar yang bertanya Mesir ada ke bidang perubatan dan farmasi? Mestilah ada mustahil lah takde. Jadi universiti yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi oleh Daulah Educonsult ialah Universiti Mansoura, Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria dan Universiti Zagaziq.
Tetapi ada dua universiti yang hanya menawarkan bidang perubatan sahaja dan pergigian iaitu Universiti Tanta dan Universiti Cairo.
BANGLADESH
Bangladesh ialah sebuah negara yang terletak di sebelah negara India dan merupakan salah sebuah negara yang amat terkenal dalam bidang perubatan mereka. Bangladesh terkenal dengan perubatan disebabkan oleh kepakaran mereka serta negara itu banyak menggunakan herba yang telah diselidik sebelum diberikan kepada pesakit.

Universiti yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi kepada pelajar ialah Dhaka Medical College, Mymensingh Medical College, Chittagong Medical College dan M.A.G Osmani College di Sylet.
POLAND
Poland juga mempunyai bidang perubatan dan farmasi yang ditawarkan di sana. Poland ialah sebuah negara Eropah yang terletak betul-betul di tengah kawasan Eropah. Poland bersempadan dengan Jerman yang membuatkannya menarik untuk sambung belajar ke sana.

Universiti yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi kepada pelajar oleh Daulah Educonsult ialah Medical university of Lodz dan Medical University of Warsaw sahaja.
Sekiranya pelajar ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan sambung belajar ke luar negara, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here