Daulah Educonsult ialah syarikat konsultan yang membantu pelajar untuk sambung pengajian ke luar negara dengan syarat mempunyai sijil SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Pelbagai negara ditawarkan kepada pelajar antaranya ialah Rusia, Bangladesh, Poland, Indonesia dan Mesir.
Bidang yang sering dipilih oleh pelajar daripada Daulah Educonsult ialah perubatan dan farmasi. Syarat bagi menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang perubatan dan farmasi ialah mendapat B dalam subjek Sains bagi SPM, CGPA 3.0 bagi STPM dan mendapat B dalam subjek Sains bagi A-level.

Universiti di Rusia yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi ialah Kursk State Medical University yang mana universiti ini merupakan 10 universiti terbaik di Rusia. Bahasa yang digunakan juga ialah bahasa Inggeris yang menjadikan ia universiti pertama menggunakan bahasa Inggeris dalam perubatan.
Selain itu, terdapat juga universiti lain yang terdapat di Rusia menawarkan bidang tersebut iaitu Russia National Research Medical University, Saint Petersbug University, Privolzhsky Reserach Medical University, Volvograd State Medical University dan I.M. Sechenov First Moscow State Medical University.
Mesir juga mempunyai bidang perubatan tetapi tidak mempunyai bidang farmasi di sana kepada pelajar. Antara universiti yang popular ditawarkan bidang perubatan ialah Universiti Al-Azhar. Universiti ini terkenal di seluruh dunia dengan universiti islamik di Mesir serta pelbagai bidang ditawarkan.

Syarat bagi mengambil bidang perubatan di Universiti Al-Azhar hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 90 peratus dalam 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Tambahan, perlu memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan bagi SPM.
Selain itu, terdapat juga universiti lain yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi iaitu Universiti Mansoura, Universiti Alexandria dan Universiti Zagaziq. Syarat bagi memasuki universiti-universiti tersebut adalah sama dengan syarat subjek di Universiti Al-Azhar.

Bangladesh ialah sebuah negara yang mempunyai bidang perubatan terbaik di mana universiti di sana mempunyai hospital mereka sendiri dengan peralatan yang lengkap. Peralatan di sana membantu pelajar untuk melakukan praktikal dalam bidang perubatan.
Antara universiti yang menawarkan bidang perubatan ialah Dhaka Medical College, Mymensigh Medical College dan Chittagong Medical College. Tempoh pengajian bagi bidang perubatan ialah 5 tahun.

Indonesia juga mempunyai bidang perubatan dan farmasi yang ditawarkan kepada pelajar. Pelajar yang sambung belajar ke Indonesia dapat menjimatkan masa perjalanan ke sana dan makanan di sana lebih kurang dengan makanan di Malaysia. Malah, budaya di sana juga seakan-akan budaya di Malaysia dengan tidak jauh bezanya.
Universiti yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi ialah Universiti Hasanuddin di Makassar, Universiti Sumatera Utara di Medan, Universitas Padjadjaran, Universitas Airlangga di Surabaya, Universitas Brawijaya dan Universitas Andalas di Padang.

Bidang perubatan dan farmasi yang ditawarkan juga terdapat di Poland yang mana salah satu universiti di sana telah mendapat pendidikan perubatan terbaik dalam pangkat pertama dalam Ujian Perubatan Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013. Universiti tersebut ialah Universiti of Lodz.
Universiti yang ditawarkan selain Universiti of Lodz ialah Medical University of Warsaw. Universiti tersebut menawarkan 3 program ijazah sepenuh masa dalam bahasa Inggeris iaitu dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
Banyakkan universiti yang ditawarkan kepada pelajar dalam bidang perubatan dan farmasi? Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan berurusan dengan Daulah Educonsult, sila layari nombor telefon yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here