Daulah Eduoconsult buka lagi tawaran kemasukan ke Madrasah Daulah kepada pelajar yang berusia dari 12 tahun hingga 30 tahun. Kemasukan ke Madrasah Daulah tidak memerlukan sijil SPM atau STAM. Kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam digalakkan melakukan permohonan.

Madrasah Daulah adalah langkah pantas untuk pelajar melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam.

Madrasah Daulah    ⏩     Maahad buuth    ⏩     Universiti Al-Azhar

Madrasah Daulah

Madrasah Daulah yang terletak di Kaherah, Mesir adalah sebuah pusat pendidikan yang membantu dan menguruskan pelajar untuk menjalani ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul. Di Madrasah Daulah, pelajar akan didedahkan dengan subjek berikut :

 

?Tahsinul Quran
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Maahad Buuth

Selepas nama naik untuk jalani ujian Imtihan Qabul untuk kemasukan ke Maahad Buuth, pelajar akan menduduki peperiksaan yang bakal menentukan sama ada pelajar tersebut layak atau tidak untuk memasuki Maahad Buuth.

BACA JUGA :   Jom kita kenali Universiti Perubatan Warsaw !

Jika pelajar ‘perform’ dalam peperiksaan tersebut, pelajar akan ditempatkan terus ke Maahad Buuth. Namun, jika keputusan peperiksaan kurang memuaskan, pelajar akan dimasukkan ke Dirosah Khossoh. Dirosah Khossoh adalah bersifat pra menengah manakala Maahad Buuth pula adalah sekolah menengah bertaraf antarabangsa.

Maahad Buuth adalah sekolah kebajikan dimana kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu membayar kelengkapan seperti buku dan kelengkapan lainnya sahaja. Tambahan, Maahad Buuth mengamalkan sistem ‘lompat kelas’ iaitu pelajar dibenarkan lompat sehingga 2 kelas bergantung kepada penguasaan pelajar dalam peperiksaan.

Universiti Al Azhar

Seterusnya, pelajar akan memasuki Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar mempunyai tiga jurusan di bawahnya iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Pelajar boleh memohon antara tiga jurusan tersebut untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Tempoh pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah 4 tahun. Manakala di Madrasah Daulah dan Maahaad Buuth adalah 3 hingga 4 tahun mengikut penguasaan pelajar.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pelajaran Dalam Pengajian Islam Di Universiti Al-Azhar Menerusi Madrasah Daulah

Syarat untuk memasuki pengajian ke Madrasah Daulah adalah seperti berikut :

?Lelaki atau Peremouan
?Berumur 12 tahun hingga 30 tahun
?Mempunyai Semangat yang Tinggi dalam Menuntut Ilmu

Daftar segera kerana kemasukan adalah terhad kepada 10 orang sahaja. Kemasukan seterusnya adalah pada September 2020. Daftar segera sementara peluang masih dibuka.

Jalani sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan terbaik di Daulah Educonsult.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here