Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata proses saringan Covid-19 akan meggunakan kaedah pendekatan bersasar dalam kalangan ahli keluarga kes indeks berbanding dengan pengesanan secara lokaliti.
Tambah beliau, disebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai maklumat lengkap berkaitan mereka yang positif COVID-19, kaedah ini akan jauh lebih berkesan berbanding dengan pengesanan secara lokaliti.
Katanya pada sidang media, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dapat mengesan kes positif dan mengambil tindakan pencegahan (Kluster Tawar) sama ada mereka dari Kedah atau Pulau Pinang.
Pada sisi lain, berita mengenai Kedah diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 adalah palsu dan telah dinafikan oleh Dr Noor Hisham. Beliau juga menjelaskan bahawa penentuan zon merah adalah berdasarkan daerah bukan pada negeri.
Terdapat empat kluster aktif di Kedah iaitu Kluster Tawar dengan 47 kes aktif, Kluster PUI (individu Bawah Pengesanan) Sivangangga (25), Kluster Sala (8) dan Kluster Muda (3).
Sebuah sekolah di Kulim, Kedah telah diarahkan untuk ditutup selepas dikaitkan dengan penularan jangkitan Covid-19 daripada Klsuter Tawar, kata dr Noor Hisham.
Berkenaan dengan vaksin yang telah dibangunkan menunjukkan China dan Rusia mula mendaftarkan paten untuk vaksin yang tekah dibangunkan. Sebelum menggunakannya di Malaysia, KKM akan membuat penelitian data-data klinikal vaksin Covid-19.
Vaksin Covid-19 yang dikenali sebagai ‘Sputnik V’ telah diluluskan oleh Rusia dan pengeluaran skala penuh dijangka bermula pada bulan hadapan.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...