Pengajian veterinar semakin dipandang sepi kerana tidak ramai pelajar yang ingin melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ini. Hal ini kerana veterinar adalah pengajian yang melibatkan perubatan haiwan. Pengamal perubatan yang berkecimpung dalam bidang ini perlu mempunyai kesabaran mental yang tinggi kerana  mereka merawat pesakit yang tidak mampu berkomunikasi dan sensitif. Namun, ia adalah peluang anda kerana kurangnya persaingan ketika ingin memohon pekerjaan kelak.

Kepada pelajar yang berminat, Daulah Educonsult buka lagi kemasukan September 2020 ke universiti yang menyediakn pengajian ini di Indonesia. Universiti yang ditawarkan adalah Universitas Airlangga dan Institut Pertanian Bogor. Ianya adalah dua lokasi yang berbeza namun matlamatnya hanya satu iaitu menyediakan pengajian veterinar terbaik untuk pelajarnya.

Universiti yang telah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC,  dan MVA ini buka peluang kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Pelajar yang layak dengan CGPA 3.0 digalakkan untuk melakukan permohonan segera kerana kemasukan seterusnya adalah pada September 2020.

BACA JUGA :   5 Barang Wajib Yang Berguna Ketika Melancong

Kemasukan kali ini adalah terhad berbanding dengan tahun sebelumnya.Kuota yang ditawarkan juga sedikit sahaja. Daftar segera.

Tempoh pengajian veterinar adalah selama 4 tahun sahaja. Seterusnya, anda seudah boleh memohon pekerjaan dalam bidang ini. Karier dalam bidang ini juga luas. Ada yang memilih membuka klinik haiwan sendiri dan tidak kurang juga yang memiluh untuk bekerja di Zoo yang berhadapan dengan haiwan liar. Setiap haiwan mempunyai tahap sensitiviti yang berbeza.

Selain pelajar dari Malaysia, pelajar dari negara luar juga ada mendaftarkan diri ke universiti di atas. Kedua-dua universiti yang bertaraf antarabangsa ini menawarkan fasiliti dan kemudahan yang terbaik untuk para pelajarnya. Oleh itu, alumni pelajar ini adalah berkualiti dan bermutu.

BACA JUGA :   Syarat Asas untuk Pengajian Islam di Mesir

Daftar segera sebelum kuota yang ditawarkan penuh. Budaya dan makanan di Indonesia mempunyai keserupaan dengan Malaysia. Oleh itu, pelajar dari Malaysia tidak akan menghadapi masalah melanjutkan pengajian di sini.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here