Kejadian sebuah Masjid di Christchurch yang diserang pada 15 Mac tahun lalu telah menggegarkan dunia apabila penyerang terbabit menyerang ketika jemaah sedang melakukan solat Jumaat.
Kejadian itu telah meragut nyawa 51 orang mangsa beragama Islam di dalam masjid berkenaan.
Penembak berkenaan menyerang tembak di dalam masjid berkenaan telah membuat satu manifesto apabila dia risau dengan kemasukan atau penghijarahan secara besar-besaran di kawasan Eropah.
Namun serangan itu telah mendapat kutukan daripada seluruh dunia apabila penyerang terbabit menyerang ketika waktu solat Jumaat.
Walaubagaimanapun, tindakan penyerang terbabit telah membawa padah dan menjadikannya orang pertama di New Zealand dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Penyerang tersebut, Brenton Tarrant yang merupakan lelaki warga Australia telah mengaku bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan melakukan aksi keganasan.
Tarrant akan di bawa ke mahkamah bagi prosiding jatuh hukuman.
Persemukaan mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mangsa dengan tertuduh menjadikannya pertama kali berlaku sejak kejadian 15 Mac yang lalu. Prosiding perbicaraan sebelum ini dilakukan menerusi pautan video dari penjara di Auckland.
Hukuman mati tidak dilaksanakan di New Zealand tetapi kesalahan membunuh dan keganasan membawa hukuman penjara minimum 17 tahun tanpa pembebasan.
Akan tetapi disebabkan kejadian itu, hakim telah diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara tanpa kemungkinan dibebaskan.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...