Safer Food ialah sebuah aplikasi yang disediakan oleh syarikat Safer untuk mempromosikan gerai makanan mereka dengan lebih meluas lagi. Malah mereka yang mempunyai perniagaan makanan sendiri seperti masakan dari rumah atau home kitchen, peniaga kecil, restoran dan trak makanan boleh berdaftar sebagai Safer Food Merchant untuk memperluaskan lagi masakan kepada orang ramai.
Namun sebelum melakukan pendaftaran, pastikan aplikasi Safer Food telah dimuat turun untuk memastikan pendaftaran dapat dilakukan dengan lebih mudah. Pendaftaran sebagai Safer Food Merchant boleh dilakukan melalui website Safer dengan tekan pada pautan ini : < https://www.safer.my/sign-up-restaurant >
Boleh juga melalui aplikasi Safer Food di Google Play Store bagi pengguna Android dan Apps Store bagi pengguna Apple.
Namun, semasa melakukan pendaftaran, pastikan segala maklumat dan dokumen telah dilengkapkan untuk mudah pengaktifan dilakukan oleh pihak Safer. Sebelum berdaftar, syarat yang perlu dipatuhi untuk melakukan pendaftaran ialah
-
Identity Card (IC)
-
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
-
Lesen perniagaan
-
Sijil Halal
Kesemua syarat itu perlu dilengkapkan supaya mudah pihak Safer untuk melakukan pendaftaran dalam masa satu hari sahaja. Tetapi bagi peniaga makanan yang memasak daripada rumah, mereka tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan. Tidak mengapa, Safer akan bersedia membantu mereka dan hubungi sahaja nombor telefon di bawah untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut.
Dan tidak lupa juga, semasa melakukan pendaftaran pastikan mereka berdaftar dengan mengikut piawaian yang diperlukan untuk pengaktifan akaun iaitu dokumen, setting operasi iaitu waktu dan hari kedai itu beroperasi, kemaskini lokasi kedai, menu makanan dan perincian akaun bank Safer Food Merchant. Kesemua ini perlu dilengkapkan dan pengaktifan dapat dilakukan dalam masa satu hari sahaja.
Namun Safer Food juga menggalakkan kepada Safer Food Merchant untuk sekurang-kurangnya memuat naik satu gambar menu makanan tujuan untuk melalukan pengaktifan akaun.
Sekiranya Safer Food Merchant tidak atau kurang mengerti dengan cara bagaimana untuk daftar, masukkan dokumen dan sebagainya, jangan risau, Safer Food telah menyediakan kelas untuk mereka.
Tujuan kelas itu diwujudkan adalah untuk menerangkan kepada Safer Food Merchant bagaimana untuk melakukan pendaftaran, mendapatkan lesen SSM, sijil halal dan lain-lain lagi.
Kelas itu dibuka pada hari Isnin hingga hari Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 12 petang. Safer Food juga buka kelas pada hari Sabtu tetapi itu bergantung kepada Safer Food Merchant. Mereka boleh buat temu janji dengan pihak Safer Food untuk pergi ke kelas tersebut.
Safer Food juga menyediakan konsultan luar kepada mereka yang ingin mendaftarkan kedai mereka di Safer Food. Konsultan luar ini tiada kaitan dengan pekerja Safer, mereka adalah orang luar.
Macam mana nak tau kalau orang tu konsultan luar daripada Safer? Safer Food akan memberikan satu member code kepada mereka untuk menunjukkan bahawa mereka itu adalah konsultan Safer Food yang sah. Konsultan luar banyak memfokuskan diri mereka di bahagian Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor.
Tambahan, Safer Food juga ada menyediakan peluang kerja untuk penunggang Safer yang mana mereka boleh menjadi penunggang untuk Safer Delivery Partner dan juga menjadi konsultan kepada kepada kedai-kedai makanan yang ingin berdaftar.
KPI yang telah ditetapkan oleh Safer Food kepada konsultan penunggang ialah sehari peroleh sebanyak 30 kedai pendaftaran. Namun syarat bagi menjadi sebagai penunggang konsultan hendaklah
-
Mampu kerja di bawah KPI
-
Mampu capai KPI
-
Lelaki atau perempuan
-
Ada motorsikal sendiri dan boleh bawa motorsikal
-
Penunggang Safer
-
18 tahun ke atas