Daulah Educonsult menawarkan pelbagai bidang kepada pelajar yang terdiri daripada kejuruteraan, perubatan, farmasi, pergigian, pengajian Islam, bahasa Arab, pengajian teknologi maklumat dan pelbagai lagi bidang. Negara yang disyorkan oleh Daulah Educonsult ialah Rusia, Mesir, Bangladesh, Indonesia dan Poland.
Daulah Educonsult membuka peluang kepada pelajar yang ingin sambung belajar ke luar negara dalam bidang veterinar di negara Indonesia dan juga Bangladesh. Kedua-dua negara tersebut menawarkan bidang itu dalam institusi mereka.
Universiti yang menawarkan bidang veterinar kepada pelajar ialah Bangladesh Agricultural University (Veterinary Science) yang mana universiti tersebut merupakan satu-satunya universiti yang seumpanya di Bangladesh.
Universiti tersebut mula berfungsi sebagai Kolej Penternakan Haiwan dan Sains Veterinar.
Selain di Bangladesh, Indonesia juga menawarkan bidang veterinar kepada pelajar di bawah Daulah Educonsult. Institusi yang menawarkan bidang veterinar di Indonesia ialah Bogor Agricultural University atau Institut Pertanian Bogor yang telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan mempunyai Mengajar Hospital Haiwan dimana hospital tersebut ialah hospital terkemuka di Asia Tenggara yang lengkap dengan kemudahan terkini.
![]()





