Safer telah membuka peluang kepada peniaga kecil, home kitchen dan restoran untuk melebarkan dan mempromosikan bauan masakan mereka secara dalam talian. Pendaftaran sebagai Safer Food Merchant adalah percuma untuk semua. Bagaimana untuk berdaftar? Muat turun sahaja aplikasi Safer Food di Google Play Store atau Apple Store dan berdaftar. Bagi lebih mudah, tekan sahaja link di bawah,
Pendaftaran adalah mudah sahaja dengan memasukkan beberapa maklumat anda ke dalam aplikasi tersebut dan makanan yang ingin dipromsikan kepada pengguna Safer. Masih kurang faham? Tonton sahaja video di bawah.
Setelah selesai berdaftar, jangan lupa untuk mencantikkan kedai dan memasukkan menu ke dalam aplikasi. Makin kreatif cara promosi atau gambar, makin ramai yang akan membeli di kedai anda. Bagaimana untuk mencantikkan kedai anda?
Senang je kan? Semuanya terletak dihujung jari sahaja untuk melakukan pernniagaan secara dalam talian. Hanya tunggu sahaja tempahan yang akan dibuat oleh pengguna melalui aplikasi Safer.Safer Food ialah salah satu perkhidmatan yang terdapat di Safer. Aplikasi tersebut juga menawarkan perkhidmatan lain iaitu Safer Ride, Safer Swift dan Safer Delivery.
Setiap perkhidmatan menawarkan perkhidmatan yang berbeza seperti Safer Ride menawarkan perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta manakala Safer Swift menawarkan perkhidmatan membawa penumpang menggunakan motorsikal. Safer Delivery pula perkhidmatan penghantaran barangan atau bungkusan menggunakan motorsikal atau kereta.
Setelah selesai berdaftar dan mencantikkan kedai, anda juga harus bijak membuat pengurusan yang perlu diselesaikan apabila mendapat tempahan daripada pengguna. Video di bawah akan menerangkan bagaimana untuk menguruskan tempahan makanan anda.
Bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan Safer Food, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Banyak universiti luar negara yang menawarkan pendidikan berkualiti pada kos yang jauh lebih berpatutan berbanding universiti di negara-negara seperti Rusia, Indonesia, Poland dan lain...
Dalam dunia kerjaya hari ini, majikan tidak lagi mencari calon yang hanya pandai di atas kertas. Mereka mencari individu yang boleh berfikir secara global,...
Dalam dunia yang semakin berubah dengan kemajuan teknologi, ramai pelajar dan ibu bapa tertanya-tanya "adakah kerjaya veterinar masih relevan ada masa depan?". Dengan wujudnya...