Daulah Educonsult ialah syarikat yang menawarkan khidmat konsultan kepada pelajar yang berhasrat untuk sambung belajar ke luar negara dengan pelbagai bidang yang ditawarkan. Antara bidang yang ditawarkan ialah kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, perubatan, veterinar, farmasi, pengajian Islam, bahasa Arab dan lain-lain bidang.
Selain itu, negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Bangladesh, Indonesia, Mesir, Poland dan juga Rusia. Bidang yang menjadi pilihan pelajar-pelajar untuk sambung belajar adalah kebanyakkannya bidang perubatan dan farmasi.
Negara yang menawarkan bidang farmasi dan perubatan ialah Rusia, Poland, Mesir, Indonesia dan Bangladesh yang mana syarat untuk sambung belajar ke luar negara ialah mendapat semua B dalam subjek Sains bagi SPM, CGPA 3.0 bagi STPM dan semua B dalam subjek Sains bagi A-level.

BANGLADESH

Bangladesh ialah satu negara yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi kepada pelajar. Insitusi di Bangladesh mempunyai perlatan yang lengkap untuk melakukan praktikal dalam perubatan dan farmasi. Univeriti yang ditawarkan di Bangladesh ialah Dhaka Medical College, Dhaka Dental College, Mymensigh Medical College, Chittagong Medical College, M.A.G Osmani College di Sylet dan Bangldesh Agricultural University (Veterinary Science.
Universiti yang mempunyai hospital mereka sendiri ialah Dhaka Medical College iaitu Hospital Dhaka, Mymensingh Medical College iaitu Hospital Kolej Perubatan Mymensigh, Chittagong Medical College & Hospital dan M.A.G Osmani College di Sylet.

RUSIA

Rusia juga menawarkan bidang perubatan dan farmasi yang mana universiti ditawarkan adalah universiti terbaik di Rusia dalam bidang tersebut. Universiti di Rusia juga telah mendapat pengiktirafan daripada WHO kerana kebaikan universiti tersebut dalam melahirkan graduan yang berjaya. Antara universiti yang terdapat di Rusia ialah Kursk State Medical University, Russia National Research  Medical University, Saint Petersbug University, Privolzhsky Research Medical University, Volvograd State Medical University dan I.M. Sechenov First Moscow State Medical University.
Universiti di Rusia mendapat universiti terbaik disebabkan oleh graduan mereka yang mendapat keputusan baik dalam ujian perubatan di universiti tersebut.

POLAND

Poland juga menawarkan bidang perubatan kepada pelajar dengan cuaca sejuk yang terdapat di sana. Universiti yang menawarkan bidang perubatan ialah Medical University of Lodz di mana universiti mendapat Pendidikan perubatan terbaik di Poland dengan pangkat pertama dalam Ujian Perubatan Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013. Universiti lain yang menawarkan bidang perubatan dan farmasi ialah Medical University of Warsaw.

MESIR

Universiti di Mesir juga menawarkan bidang perubatan kepada pelajar dan universiti yang menawawrkan bidang tersebut ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Mansoura, Universiti Cairo, Universiti Tanta, Universitu Alexandria, Universiti Zagazig dan Universiti Ain-Sham yang mana kesemua universiti tersebut sememangnya menawarkan dua bidang tersebut.
Pelajar yang ingin sambung belajar ke Mesir hendaklah mempunyai sijil SPM atau STPM atau A-level atau O-level atau setaraf dengannya. Pelajar yang mengikuti program Madrasah Daulah hanya ditawarkan bidang pengajian Islam dan bahasa Arab sahaja.

INDONESIA

Negara sejiran dengan Malaysia mempunyai bidang perubatan dan farmasi kepada pelajar-pelajar yang ingin menyambung belajar ke luar negara tetapi dengan jarak yang dekat. Universiti yang mempunyai bidang perubatan dan farmasi ialah Universitas Hasanuddin, Universitas Sumatera Utara di Medan, Universitas Padjadjarand, Universiti Airlangga di Surabaya, Universiti Brawijaya dan Universitas Andalas.
Bidang perubatan dan farmasi yang ditawarkan adalah berdasarkan Daulah Educonsult. Syarikat ini akan membantu pelajar untuk sambung belajar ke luar negara. Sebarang maklumat berhubung sambung belajar ke luar negara, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here