Daulah Educonsult menawarkan khidmat konsultan kepada pelajar yang ingin sambung belajar ke luar negara. Pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya adalah layak untuk memohon sambung belajar ke luar negara bersama Daulah Educonsult.
Bidang apa yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult? Antara bidang yang ditawarkan ialah bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, pengajian Islam ,bahasa Arab dan lain-lain bidang. Banyak sebenarnya yang ditawarkan.
Ada yang minat bidang perubatan, farmasi dan pergigian? Daulah Educonsult bersedia membantu pelajar untk capai impian pelajar belajar dalam bidang yang mereka minati. Tempoh pengajian bagi ketiga-tidak bidang tersebut ialah berbeza. Tempoh belajar bagi bidang perubatan ialah 6 tahun, bagi bidang pergigian ialah 5 tahun dan bagi bidang farmasi ialah 4 tahun.
Negara yang menawarkan bidang perubatan, farmasi dan pergigian ialah Rusia. Universiti yang menawarkan bidang tersebut ialah Kursk State Medical University yang mana universiti tersebut merupakan 10 universiti perubatan terbaik di Rusia. Malah universiti tersebut juga merupakan universiti pertama yang menawarkan program latihan perubatan dalam bahasa Inggeris di Rusia.
Tetapi terdapat juga universiti selain KSMU yang menawarkan bidang itu iaitu Russia National Reserach Medical University, Saint Petersbug University, Privolzhsky Research Medical University, Volvograd State Medical University dan I.M. Sechenov First Moscow State Medical University. Kesemua universiti ini menawarkan bidang perubatan dan farmasi.
Selain di Rusia, Bangladesh ialah negara yang paling banyak menawarkan bidang tersebut berserta dengan kelengkapan yang lengkap untuk melakukan praktikal. Universiti di sana terdapat hospital mereka sendiri yang memudahkan pelajar untuk rasai sendiri belajar dan praktikal di dalam hospital.
Universiti yang menawarkan bidang perubatan ialah Dhaka Medical College yang tersedia dengan Hospital Dhaka. Hospital Dhaka telah dibina pada tahun 1982 yang siap dengan teater operasi lengkap, makmal penyiasatan, jabatan pesakit luar, doktor dan jururawat perumahan.
Selain Dhaka Medical College, terdapat juga Dhaka Dental College yang menawarkan bidang pergigian. Kolej tersebut merupakan institusi pergigian terbesar di Bangladesh dan sekolah pergigian pertama ditubuhkan pada 1961. Kolej tersebut juga satu-satunya kolej pergigian terbesar di Bangladesh.
Bidang perubatan, farmasi juga boleh didapati di Indonesia yang mana berdekatan dengan negara Malaysia. Di sini pelajar dapat jimat kos, jimat masa kerana jaraknya yang lebih dekat. Universiti yang mempunyai bidang perubatan ialah Universitas Hasanuddin Makassar dan Universiti Airlangga di Surabaya.
Selain itu, universiti yang menawarkan ketiga-tiga bidang tersebut di dalam satu universiti ialah Universiti Sumatera Utara di Medan, Universitas Padjadjarand dan Universiti Brawijaya.
Bagi pelajar yang ingin nikmati suasana belajar di Eropah, Poland adalah jawapannya. Poland terletak di tengah-tengah kawasan eropah yang bersempadan dengan Jerman.
Universiti yang ditawarkan bagi bidang perubatan ialah Universiti of Lodz yang mana univeristi itu telah mendapat pendidikan perubatan terbaik di Poland dengan mendapat pangkat pertama dalam Ujian Perubatan Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013. Selain itu, Medical University of Warsaw menawarkan bidang perubatan, pergigian dna farmasi dalam bahasa Inggeris.
Bagi pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan konsultan untuk sambung belajar ke luar negara, sila hubungi nombor yang tertera dibawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322 Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...