Poland merupakan salah sebuah negara yang terletak di tengah-tengah kawasan Eropah. Negara tersebut juga bersempadan dengan negara Jerman yang mana negara tersebut mengalami empat musim iaitu musim sejuk, panas, bunga dan luruh.
Selain itu, Daulah Educonsult juga menawarkan beberapa bidang yang menarik kepada pelajar iaitu perubatan, kejuruteraan, teknologi maklumat, kewangan akaun, psikologi pengurusan perniagaan dan lain-lain bidang. Syarat bagi sambung pengajian ke Poland hendaklah mempunyai sijil SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya.

Poland juga mempunyai universiti-universiti terbaik di sana. Salah satunya ialah Vistula University yang mana universiti tersebut ialah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tetapi universiti bukan awam. Menarik tentang universiti ini ialah universiti ini mendapat tempat pertama dalam kedudukan antarabangsa 2017, menurut kepada portal Perspektywy. Universiti ini juga mendapat tempat pertama dalam kedudukan antarabangsa universiti pelancongan swasta pada tahun 2015 menurut portal Perspektywy.
Program atau bidang yang ditawarkan oleh Vistula University ialah kejuruteraan komputer dalam pengajian sepenuh masa. Tempoh pengajian di universiti ini ialah 3 tahun setengah (7 semester) yang mana pelajar akan belajar dalam bahasa Inggeris dan polish.

Universiti yang ditawarkan seterusnya ialah University of Lodz. Universiti mendapat pendidikan perubatan terbaik di Poland yang mana mendapat pangkat pertama dalam Ujian Perubatan Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013. Tambahan, University of Lodz merupakan unit hospital pengajaran terbesar di poland dan pusat penyelidikan Eropah.
Program yang ditawarkan kepada pelajar ialah program yang terdiri daripada 3 tahun selama 6 semester pra-klinikal. Subjek asas bagi program ini ialah anatomi, kimia perubatan, biologi, biofisika, fisiologi, histiologi dan biologi sel, mikrobiologi, morfologi laluan, farmakologi dan lain-lain.

Terdapat juga universiti lain iaitu Medical University of Warsaw. Universiti ini telah membina Pusat Pergigian Universiti moden yang bermula pada September 2017 manakala penjagaan pergigian ditawarkan kepada pesakit pada tahun 2019. Universiti ini menawarkan 19 program ijazah termasuk 3 program iajzah sepebuh masa dalam bahasa Inggeris iaitu bidang pergigian, perubatan dan farmasi.

Universiti yang lain ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Warsaw University of Technology yang mana universiti ini merupakan universiti teknikal Poland yang digunakan untuk berfungsi di Warsaw. Fakulti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah fakulti kejuruteraan awam, fakulti seni bina dan fakulti kejuruteraan eletrik.
Universiti ini mempunyai keistimewaan mereka sendiri iaitu perausan tertinggi graduan yang mengambil jawatan pengurusan, mempunyai 19 fakulti dan 1 kolej yang mana terdapat 2500 guru akademik di sana dan banyak lagi keistimewaannya.

 

Universiti yang terakhir ditawarkan di Poland ialah Vincent pol University. Universiti ialah universiti swasta yang telah ditubuhkan pada tahun 2000. Pelajar juga akan mendapat pengalaman yang menarikk di sini iaitu bangunan yang terdapat di universiti ini terdiri dengan bangunan moden yang mempunyai kesemua keperluan asas untuk proses pembelajaran yang lebih berkualiti.
Namun, Daulah Educonsult hanya menawarkan bidang Degree in International Business Management selama 4 tahun pengajian. Tambahan, universiti hanya mempunyai pelajar peringkat Sarjana Muda dan Sarjana sahaja.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat konsultan berkaitan dengan sambung pengajian ke Poland dan negara-negara lain, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here