Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar mengesahkan yang beliau tidak akan bergabung dengan parti baru Tun Mahathir iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dengan kenyataan ingin menubuhkan pasrti berasaskan golongan anak muda.

Hal ini sekaligus memberi isyarat untuk tidak turut serta dalam parti baharu Tun Mahathir. Beliau adalah satu-satunya bekas ahli parlimen Bersatu yang masih menyokong Tun Mahathir.

Menurut bekas menteri berusia 27 itu, beliau akan menubuhkan parti anak muda yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini kerana kata Syed Saddiq jika di Thailand mereka menubuhkan Future Forward manakala Perancis pula menubuhkan Marche. Kedua-dua parti ini didominasi oleh anak muda.

“saya rasa sudah waktunya di Malaysia, untuk memulai gerakan orang muda – teknokrat muda, profesional – ahli politik muda dari pelbagai latar belakang hingga bersatu untuk memastikan suara pemuda akan menguasai di dalam dan di luar parlimen. “

Syed Saddiq memilih untuk menempuh jalan yang berbeza setelah menyatakan yang beliau tidak akan mencabar dan mempertikaikan pemecatannya dari Bersatu.

Bersatu telah memecat Tun Mahathir dan penyokongnya setelah menetang presiden parti ketika itu.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here