Satu kejadian pasti akan menjadi ikutan bagaikan musim. Itulah yang terjadi pada beberapa hari yang lepas apabila kejadian sebuah kereta dihempap dengan dinding parapet di sebuah kawasan pembinaan lebuhraya bertingkat di Kuala Lumpur.
Kejadian pertama terjadi di di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Sebuah kenderaan pacuan empat roda, Saga FLX yang lalu di bawah kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dihempap dengan dinding parapet secara tiba-tiba. Kereta mangsa habis hancur tetapi pemandu merupakan seorang wanita, terselamat.
Namun, mangsa dikatakan patah tulang tangan disebelah kiri serta tulang selangka. Ahli keluarga mangsa cuma berharap kepada semua supaya mendoakan kesembuhan mangsa dihempap.
Kes itu telah tular di media sosial apabila ramai orang yang datang mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang dihempap tersebut.
[Video] Seorang wanita cedera apabila kepingan konkrit binaan lebuh raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) jatuh menghempap kenderaan mangsa di laluan MRR2 menghala Ampang petang tadi.
?: Orang awam pic.twitter.com/doIATHkzBM
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 19, 2020