Bandar Kursk terkenal dengan kawasan kapal selam dan kawasan peperangan pada suatu ketika dahulu. Namun siapa yang tahu, bandar itu juga mempunyai sebuah universiti yang tersenarai 10 universiti terbaik di Rusia. Selain daripada itu, bandar itu juga bersempadan dengan Ukraine.
Universiti tersebut ialah Kursk State Medical University yang merupakan salah sebuah universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Universiti itu juga merupakan universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam bidang perubatan di situ.
Selain daripada itu, Daulah Educonsult juga telah bekerjasama dengan KSMU yang mana mereka telah menawarkan bidang perubatan dan pra-perubatan.
Pelajar yang ingin sambung pengajian ke luar negara boleh berdaftar ke Daulah Educonsult. Tawaran sambung belajar ke Kursk State Medical City adalah terbuka kepada pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level, Diploma dan setaraf dengannya.
Daulah Educonsult menawarkan bidang perubatan kepada mereka yang mempunyai asas dalam subjek Sains. Tapi kalau tiada asas dalam Sains, Daulah Educonsult menggalakkan pelajar untuk mengambil bidang pra-perubatan. Pra-perubatan mempunyai sijil yang sama dengan asasi.
![]()






