Daulah Educonsult kini membuka peluang pendaftaran ke Madrasah Daulah untuk belajar sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jangan risau kerana untukĀ berdaftar tidak memerlukan sebarang sijil pun, hanya dengan semangat untuk belajar sudah mencukupi.
Mereka yang hendak berdaftar akan ditawarkan sesi konsultan secara percuma daripada pihak Madrasah Daulah. Madrasah Daulah menawarkan pendaftaran bermula dari umur 12 hingga 31 tahun. Awalkan sudah boleh belajar ke Mesir? Madrasah Daulah terletak di Mesir. Sepanjang mereka di sana, Mudir yang dipertanggungjawabkan akan menjaga mereka sehingga tamat pengajian.
Program Madrasah Daulah ini juga menawarkan pembelajaran ke Maahad Buuth. Tetapi untuk masuk ke Maahad Buuth mereka perlu memasuki ke kelas yang disediakan dan jalani ujian. Kelas itu ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Tujuan mereka dimasukkan ke dalam kelas tersebut adalah untuk membuat persediaan kepada pelajar untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul. Sepanjang di Madrasah Daulah, mereka akan diajar dalam Bahasa Arab. Ujian juga adalah dalam Bahasa Arab. Namun untuk menduduki ujian itu, mereka perlu tunggu nama mereka dipanggil oleh pihak Madrasah Daulah.
Pelajar yang melepasi Ujian Imtihan Qabul akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Tempoh pengajian di Maahad Buuth adalah selama 6 tahun daripada tingkatan 1 hingga 6. Manakala jika tidak lepas, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor yang diajar dalam Bahasa Arab. Tempoh pengajian di Dirosoh Khossor juga adalah selama 5 atau 6 tahun.
Selepas sudah tamatnya pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan ditawarkan ke Universiti Al-Azhar. Mereka juga akan ditawarkan dalam bidang Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Malah, pelajar juga akan masuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti ternama itu.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...