Safer telah membuka jawatan kosong sebagai Safer Delivery Partner dan Driver kepada semua yang ingin jana pendapatan sampingan. Safer Delivery Partner dan Driver adalah rakan penghantar bagi semua perkhidmatan di Safer. Banyak manfaat yang boleh diperoleh oleh mereka sebagai Safer delivery Partner dan Driver.
Mereka yang ingin berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver atau dipanggil rakan penghantar boleh muat turun aplikasi Safer Driver di Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Rakan penghantar boleh juga tekan link di bawah untuk melakukan pendaftaran yang lebih mudah.
Sebelum melakukan pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, pastikan mereka tahu perkhidmatan yang mana yang ingin didaftarkan atau berkhidmat. Terdapat empat jenis perkhidmatan yang ada di Safer Driver untuk rakan penghantar iaitu Safer Ride, Safer Swift, Safer Food dan Safer Delivery. Mereka boleh pilih salah satu daripada empat perkhidmatan tersebut.

Setelah membuat kata putus untuk berkhidmat di perkhidmatan yang mana, masa untuk ke langkah seterusnya. Mereka yang ingin berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver perlu mempunyai lesen Public Sevice Vehicle (PSV) yang mana lesen ini wajib ada sebagai pemandu kenderaan e-hailing. Menteri Pengangkutan Malaysia telah mewajibkan kepada semua pemandu kenderaan e-hailing untuk mempunyai lesen tersebut seperti teksi.
Lesen E-hailing Vehicle Permit (EVP) ialah lesen yang akan diuruskan sendiri oleh Safer. Lesen ini juga perlu bagi menunjukkan bahawa pemandu atau penunggang itu adalah salah sebuah ahli pasukan Safer. Jika mereka tidak mempunyai salah satu lesen tersebut, terus sahaja hubungi nombor yang tertera di bawah untuk berbincang dengan Safer. Atau boleh juga ke Live Chat Safer.
Apabila ingin melakukan pendaftaran jangan lupa untuk ikut segala piawaian yang telah ditetapkan oleh Safer. Lengkapkan segala dokumen dan maklumat yang perlu supaya mudah untuk Safer mengaktifkan akaun mereka sebagai Safer Delivery Partner dan Driver. Dokumen wajib yang perlu ada ialah Identity Card (IC), lesen kenderaan motor atau kereta dan juga gambar. Gambar hendaklah gambar yang kemas dan sopan.
Bagi pendaftaran kenderaan iaitu kereta atau motorsikal, pastikan mereka mempunyai roadtax, geran kereta, insurans kenderaan, perincian bank dan juga gambar. Lagi sekali, gambar hendaklah gambar yang kemas dan sopan supaya mudah untuk Safer kenalpasti wajah mereka. Pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver adalah percuma.
Malah, sebagai Safer Delivery Partner dan Driver juga boleh jana pendapatan aktif dan pasif secara serentak. Pendapatan aktif boleh dijana dengan berapa banyak jumlah penumpang yang menempah. Pendapatan pasif pula ialah bergantung kepada kod yang dikongsikan kepada rakan atau ahli keluarga terdekat.
Semakin ramai yang menggunakan referral code itu, semakin banyak pendapatan pasif akan diperoleh oleh mereka. Pendapatan pasif boleh dijana sebanyak 1 peratus daripada jumlah bayaran perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pendaftaran Safer Delivery Partner dan Driver, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Website : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here