Daulah Educonsult merupakan sebuah syarikat yang memberikan khidmat konsultan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Daulah Educonsult menawarkan beberapa buah negara antaranya seperti Rusia, Mesir, Poland, Indonesia, Turki dan termasuk juga Bangladesh.
Bangladesh ialah salah sebuah negara yang mempunyai bidang perubatan terbaik dunia. Malah, pelajar yang sambung pengajian ke Bangladesh akan ditawarkan dengan beberapa bidang iaitu perubatan, farmasi, pergigian dan veterinar.
Kesemua bidang itu terdapat di universiti yang berbeza. Tempoh pengajian bagi setiap bidang juga adalah berbeza yang mana perubatan ialah selama 6 tahun manakala pergigian selama 5 tahun. Bagi bidang farmasi ialah selama 4 tahun dan veterinar selama 4 tahun.
![]()
Dhaka Medical College ialah sebuah universiti perubatan yang terletak di Bandar Dhaka. Kolej ini mempunyai hospitalnya sendiri iaitu Hospital Dhaka yang menyediakan pelbagai kemudahan perubatan lain. Hospital ini juga menyediakan jabatan pesakit luar.
Dalam bandar yang sama, terdapat juga Dhaka Dental College yang mana kolej ini dikhususkan dalam bidnag perubatan. Kolej ini merupakan kolej pertama yang ditubuhkan dan merupakan satu-satunya kolej pergigian kerajaan di Bangladesh.
![]()
Mymensingh Medical College merupakan kolej perubatan kerajaan di Bangladesh. Kolej ini juga telah menyediakan hospital di dalam kawasannya sendiri iaitu Hospital kolej Perubatan Mymensingh dengan keluasan 58 ekar. Kolej ini dikenali sebagai Sekolah Perubatan Lytton pada tahun 1924 sebelum dinamakan sebagai Mymensingh Medical College.
![]()






