Seekor kucing yang hanya duduk bertenggek di atas sebuah kereta dihempas oleh seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Kejadian itu telah dirakam dari rakaman CCTV yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian.
Menurut video rakaman CCTV, seorang lelaki yang merupakan pemilik kereta tersebut telah mengangkat haiwan tersebut dan menghempasnya dengan kuat. Kejadian itu berlaku pada 21 September 2020 di Setapak, Kuala Lumpur.
Rakaman video itu telah dikongsikan oleh Kelab Pencinta Kucing Malaysia di laman Facebook milik kelab itu. Kucing yang dihempas itu telah mengalami kecederaan yang menyebabkan haiwan tersebut menghadapi masalah pembuangan najis.
Namun, lelaki yang menghempas haiwan tersebut hadir untuk memberi keterangan di Balai Polis Setapak. Lelaki berusia 36 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan lakukan perbuatan itu dalam keadaan sedar.
Menurut Rajab Ahad, perbuatan menzalimi haiwan boleh disabitkan oleh mahkamah yang mana akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara selama satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Banyak universiti luar negara yang menawarkan pendidikan berkualiti pada kos yang jauh lebih berpatutan berbanding universiti di negara-negara seperti Rusia, Indonesia, Poland dan lain...
Dalam dunia kerjaya hari ini, majikan tidak lagi mencari calon yang hanya pandai di atas kertas. Mereka mencari individu yang boleh berfikir secara global,...
Dalam dunia yang semakin berubah dengan kemajuan teknologi, ramai pelajar dan ibu bapa tertanya-tanya "adakah kerjaya veterinar masih relevan ada masa depan?". Dengan wujudnya...