Safer Food kini sedang membuka pendaftaran kepada mereka yang mempunyai perniagaan makanan sendiri secara percuma. Hanya daftarkan sahaja melalui aplikasi Google Play Store atau Apps Store atau boleh ke pergi ke laman web Safer untuk pendaftaran. Link di bawah ini juga akan memudahkan mereka untuk berdaftar.
Restoran : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Namun mereka yang hendak kenalah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Safer Food. Syarat yang perlu diikuti ialah mempunyai kad pengenalan, lesen perniagaan, sijil halal dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kesemua ini adalah asas yang perlu ada untuk mendaftarkan kedai secara dalam talian.
Setelah melakukan pendaftaran, jangan lupa untuk memuat naik atau melengkapkan dokumen yang diperlukan. Dokumen yang perlu dimuat naik ialah
    • Tetapan operasi (waktu dan hari beroperasi)
    • Kemaskini lokasi
    • Akaun bank

Bila semua dokumen sudah lengkap dimuat naik, makan semakin mudahlah pengaktifan akaun boleh dilakukan dalam masa satu hari sahaja. Tetapi sekiranya kurang jelas bagaimana untuk berdaftar, Safer Food menyediakan kelas kepada mereka. Kelas ini adalah percuma sahaja.
Safer Food Merchant yang tidak jelas bagaimana untuk berdaftar, boleh menyertai kelas bersama Safer Food yang mana mereka akan membantu bagaimana untuk melakukan pendaftaran, melengkapkan maklumat, memuat naik dokumen dan banyak lagi. Tapi mereka hendaklah berdaftar dahulu sebelum mengikuti kelas tersebut.

Kelas itu dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari tetapi kelas tersebut perlu ditempah dahulu. Bagaimana? Isi sahaja borang yang disediakan di bawah ini.
Kelas Bersama Safer Food : https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood
Mereka akan diajar bagaimana untuk memuat naik gambar, menu makanan, mencantikkan kedai dan banyak lagi. Malah, pengaktifan akaun juga dapat dilakukan dalam hari yang sama tau.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here