Safer sebagai sebuah syarikat e-hailing juga menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna. Namun, kalau ada pengguna tapi tidak ada penunggang dan pemandu bagaimana untuk bergerak? Disebabkan itu, Safer telah membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia untuk berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver iaitu rakan penghantar Safer.
Safer Delivery Partner dan Driver boleh didapatkan melalui aplikasi Safer Driver yang ada di Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver adalah percuma untuk semua yang mempunyai kenderaan sendiri dan mempunyai lesen. Boleh juga berdaftar melalui link ini untuk lebih mudah. [ http://tinyurl.com/ycetm3vh ]
Semasa hendak berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, jangan lupa untuk melengkapkan segala maklumat dan dokumen yang diminta supaya mudah pengaktifan akaun dilakukan dalam masa 24 jam. Segala maklumat dan dokumen perlu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syarikat Safer.
Dokumen yang perlu ada untuk daftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver ialah mempunyai lesen, Identity Card (IC) dan juga gambar profil yang kemas dan sopan. Ini adalah untuk daftarkan diri di Safer Driver. Pendaftaran kenderaan ke Safer Driver hendaklah memuat naik dokumen seperti roadtax, geran kereta, insurans, perincian bank dan juga pelekat profil.
Tambahan, sebelum menjadi pemandu kenderaan e-hailing khususnya yang mempunyai kereta, mereka perlu mempunyai lesen Public Service Vehicle (PSV). Lesen ini telah diwajibkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada semua pemandu kenderaan e-hailing seperti yang telah dilakukan terhadap pemandu teksi.
Selesai berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, sudah tiba masanya untuk menguruskan segala tempahan yang dibuat oleh penunggang dan pemandu di dalam aplikasi Safer Driver. Mereka boleh menerima job dan menolak job jika tempahan yang diterima terlalu banyak dalam satu-satu masa.
Jadi mudahkan untuk berdaftar dan menguruskan akaun sendiri sebagai Safer Delivery Partner dan Driver. Namun, mereka yang berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver bukan sahaja memperoleh pendapatan secara aktif tetapi boleh juga jana pendapatan secara pasif!
Apabila telah melakukan pendaftaran, pergi ke “Invite Friends” untuk mendapatkan referral code yang diberikan oleh Safer. Referral code tersebut boleh dikongsikan kepada kepada orang lain seperti rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat. Semakin banyak atau ramai yang menggunakan kod tersebut, semakin banyak pendapatan pasif boleh diperoleh. Pendapatan pasif diperoleh sebanyak 1 peratus daripada jumlah bayaran perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.
Jadi, jika kurang faham dengan cara untuk melakukan pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, hubungi sahaja Live Chat Safer di laman web dan boleh juga hubungi nombor telefon yang tertera di bawah.
Siapa kat sini suka tentang kapal terbang? suka enjin kenderaan? posting kali ni memang untuk korang.
ada perbezaan tau antara kejuruteraan mekanik dan kejuruteraan pesawat...
Siapa ada pengalaman kerja sambilan sambil belajar? biasanya kerja sambilan (Part time job) student degree selalu buat atau pelajar yang tengah cuti sem atau...
Khasiat Apple Cider Vinegar untuk Kesihatan: Rahsia di Sebalik Cuka Epal
Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal bukan sahaja popular sebagai bahan dapur atau...