Safer sedang menguatkuasakan untuk Abang Rider Safer atau Rakan Penghantar Safer. Pencarian ini adalah ditawarkan kepada mereka yang mempunyai motorsikal sendiri dan mempunyai lesen untuk berdaftar di Safer. Pendaftaran sebagai Abang Rider Safer adalah percuma.
Namun untuk melakukan pendaftaran sebagai Abang Rider Safer atau Safer Delivery Partner dan Driver, mereka perlu patuhi dan mengikut segala syarat yang telah ditetapkan oleh Safer. Syarat yang paling asas perlu ada ialah kad pengenalan (IC), lesen motorsikal dan gambar profile. Diingatkan juga gambar profil hendaklah gambar yang sopan dan kemas.
Selain itu, mereka juga perlu memuat naik beberapa dokumen untuk pihak Safer mengaktifkan mereka sebagai Abang Rider Safer. Dokumen yang perlu ada untuk berdaftar sebagai Abang Rider Safer atau Safer Delivery Partner dan Driver ialah
  • Geran
  • Roadtax
  • Insurans
  • Perincian Bank
  • Gambar Profil

Apabila segala maklumat dan dokumen telah lengkap diisikan, maka pengaktifan akaun sebagai Abang Rider Safer dapat dilakukan dalam masa 24 jam atau kurang. Mudah kan?
Selain boleh jana pendapatan secara aktif, mereka juga boleh jana pendapatan secara pasif. Pendapatan pasif boleh dijana dengan hanya menggunakan referral code sahaja yang ada di dalam aplikasi Safer. Pendapatan pasif dijana sebanyak 1 peratus daripada bayaran perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.
Referral code itu boleh dikongsikan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat untuk menggunakannya pada salah satu perkhidmatan di Safer. Semakin banyak dan ramai yang menggunakan kod tersebut pada salah satu perkhidmatan di Safer, semakin banyak pendapatan pasif boleh dijana.
Kesimpulannya, Safer ialah syarikat e-hailing yang bersedia untuk membantu mereka yang ingin jana pendapatan sampingan ketika waktu sekarang ini. Banyak kelebihan akan diperoleh di Safer.
Jika ingin bertanya berhubung dengan pendaftaran dan dokumen di Safer, sila dapatkan Live Chat dan laman web yang tertera di bawah. Nombor telefon juga diberikan untuk hubungi secara terus.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here