Safer Food ialah platform untuk menempah makanan hanya dalam satu aplikasi sahaja. Tapi siapa pula yang layak untuk berdaftar di Safer Food menjadi sebagai Safer Food Merchant? Mereka ialah peniaga kecil, home kitchen, peniaga trak makanan dan juga restoran.
Apabila mereka berdaftar sebagai Safer Food Merchant, mereka dapat jana pendapatan secara tidak langsung dengan tempahan yang dibuat oleh pengguna. Tapi Safer Food juga ada tawarkan jawatan lain kepada mereka yang ingin jana pendapatan sampingan. Jawatan yang dibuka oleh Safer Food ialah sebagai konsultan Safer Food.
Konsultan adalah mereka yang mendaftarkan diri mereka di Safer Food sebagai konsultan untuk mencari dan mendaftar mana-mana kedai makan untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant. Jawatan ini terbuka kepada semua sama ada lelaki atau perempuan.
Tetapi sekiranya ada yang bertanya tentang kesahihan diri sebagai konsultan Safer atau pun tidak, jangan risau. Safer Food akan memberikan mereka satu nombor atau kod yang menunjukkan mereka adalah konsultan Safer Food yang sah.
Safer Food mencari konsultan luar di kawasan Lembah Klang, Selangor dan juga Kuala Lumpur. Bagi luar daripada Kuala Lumpur dan Selangor ialah di negeri Johor, Penang dan juga Kuantan. Sambil mereka memberi khidmat konsultan kepada kedai-kedai makanan, sambil itu mereka akan jana pendapatan daripadanya.
Jadi bagaimana pula untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant? Mudah sahaja, muat turun aplikasi Safer Food di Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Selepas muat turun, jangan lupa untuk lakukan pendaftaran sebagai Safer Food Merchant. Apabila berdaftar, pastikan segala maklumat dan dokumen dimuat naik mengikut kepada syarat yang ditetapkan oleh Safer Food.

Syarat untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant ialah :
  • Identity Card (IC)
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Lesen perniagaan premis makanan
  • Sijil Halal
Kesemua ini perlu diikuti supaya mudah untuk mengaktifkan akaun kedai makanan sebagai Safer Food Merchant. Pengaktifan akaun sebagai Safer Food Merchant makan masa hanya dalam satu hari sahaja. Malah, Safer Food juga memberi peluang kepada mereka untuk mendaftarkan kedai makanan mereka sekurang-kurangnya dengan hanya satu menu dahulu.
Sekiranya mereka tidak faham bagaimana untuk melakukan pendaftaran, Safer Food telah menyediakan kelas khas untuk Safer Food Merchant melakukan pendaftaran secara bersemuka dengan pihak Safer Food. Di dalam kelas tersebut, mereka akan berdaftar dan dalam hari yang sama pihak Safer Food juga akan mengaktifkan akaun sebagai Safer Food Merchant.
Ingin bertanya dengan lebih lanjut mengenai jawatan sebagai konsultan Safer Food, sila hubungi nombor dan laman web yang tertera di bawah.
Website : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 
?   Khidmat Pelanggan : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here