Daulah Educonsult merupakan sebuah syarikat yang memberikan khidmat konsultan kepada pelajar yang berhasrat untuk sambung belajar ke luar negara. Mereka akan diberikan cadangan dan konsultan mengenai dengan sambung pengajian ke luar negara.
Sekarang pelajar lepasan SPM telah mendapat keputusan mereka pasti banyak universiti yang dipilih untuk sambung pengajian ke peringkat seterusnya. Jadi, peluang ini lah pelajar boleh berdaftar ke Daulah Educonsult untuk mendapatkan universiti yang mereka ingin belajar. Syarat bagi sambung pengajian di bawah Daulah Educonsult ialah mempunyai sijil SPM, STPM, A-level, O-level serta setaraf dengannya.
Indonesia merupakan salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar untuk sambung pengajian ke luar negara. Banyak universiti dan bidang yang boleh didapatkan di sini. Namun apa yang menariknya tentang pelajar yang berdaftar di bawah Daulah Educonsult ialah sebelum pelajar masuk ke kelas bagi sesi pengajian, pelajar akan dibawa untuk melancong di sekitar Indonesia!
![]()
Segala bayaran tidak perlu risau kerana bayaran untuk belajar telah termasuk sekali dengan bayaran untuk melancong. Jadi di sini, pelajar dapat belajar sambil itu juga dapat melancong ke negara orang untuk mencari pengalaman baru. Menarik bukan? Banyak lokasi boleh dilawati antaranya seperti Danau Toba, Bali, Pantai Kuta dan lain-lain lagi!
Jadi bidang apa yang ditawarkan di Indonesia? Antara bidang yang ditawarkan ialah pengajian Islam, perubatan, veterinar, farmasi, pergigian dan veterinar. Sebelum terlupa, pelajar yang ingin sambung belajar ke Indonesia bagi lepasan SPM perlu masuk ke Kolej Kerjasama Daulah yang mana mereka akan menduduki peringkat Asasi untuk sambung pengajian ke Indonesia.
![]()






