Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang terletak di Mesir dan pelajar yang tamat pengajian di sana akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar. Pendaftaran juga tidak memerlukan sebarang sijil atau kelulusan pun. Cukup hanya dengan semangat belajar yang tinggi sudah memadai tetapi akan ditemu bual dahulu.
Kenapa kena ditemu bual? Sebabnya ialah pengajian di sana memakan masa yang agak lama. Jadi temu bual itu adalah perlu malah mereka juga akan ditawarkan sesi konsultan secara percuma. Di sini mereka akan diajar seratus peratus dalam Bahasa Arab dan jangan risau sekiranya tidak ada asas dalam Bahasa Arab.
Pelajar yang berdaftar tidak akan terus masuk ke program Maahad Buuth. Hal ini kerana sebelum masuk ke Maahad Buuth akan ada satu ujian iaitu Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini ialah ujian penentuan untuk masuk ke Maahad Buuth. Jadi sebagai persediaan untuk menduduki ujian itu, Madrasah Daulah telah menyediakan kelas buat mereka.
Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas bahasa Arab yang mana pelajar akan diajar berbahasa Arab. Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam Al-Quran. Terdapat beberapa subjek yang akan diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada
-
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-