Rusia merupakan sebuah negara yang mempunyai empat musim dalam masa setahun iaitu musim sejuk, panas, luruh dan bunga. Rusia juga merupakan salah satu negara yang terbesar di dunia dan Rusia ialah sebuah negara terbesar Eropah. Selain itu terdapat sebuah universiti yang merupakan universiti terbaik di Rusia.
Universiti itu ialah Kursk Medical State University yang merupakan universiti terbaik dalam bidang perubatan di Rusia. Universiti itu menawarkan bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pra-perubatan.
Setiap bidang mempunyai tempoh pengajian yang berbeza-beza. Pengetahuan tambahan kepada semua pembaca Deenamik, KSMU telah ditubuhkan pada 9 February 1935.
Kenapa dengan KSMU ni? Universiti ini merupakan salah satu universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar-pelajar yang hendak lanjutkan pelajaran ke luar negara. Ramai pelajar yang telah berdaftar dengan Daulah Educonsult untuk melanjutkan pelajaran.
Bidang pra-perubatan adalah asasi atau foundation in medical. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang daftar ke bidang perubatan perlu mengambil pra-perubatan dahulu. Tempoh pengajian bagi bidang pra-perubatan ialah selama 7 tahun di KSMU.
Tetapi bagi pelajar lepasan asasi, matrikulasi, STPM, Diploma dan lain-lain boleh mengambil terus ke bidang perubatan. Tempoh pengajian bagi bidang perubatan ialah selama 6 tahun di Kursk State Medical University.
![]()






