Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar adalah sebuah sekolah menengah bertaraf antarabangsa di bawah pentadbiran institusi Ilmu Al-Azhar Asy-Syariff. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth akan menikmati pengajian percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu melengkapkan kelengkapan pengajian sahaja. Selepas menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Namun, untuk memasuki Maahad Buuth, pelajar perlu mendaftarkan diri dulu ke Madrasah Daulah.

Madrasah Daulah adalah institusi pendidikan yang membantu pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Pendaftaran ke Madrasah Daulah boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult. Kemasukan seterusnya ke Madrasah Daulah adalah pada Oktober dan November 2020. Anda yang berminat digalakkan lakukan pendaftaran mulai sekarang.

Daulah Educonsult buka peluang kemasukan ke Madrasah Daulah kepada pelajar yang tiada sijil SPM dan STAM. Pelajar berumur seawal 12 tahun hingga 30 tahun dibenarkan lakukan permohonan. Berikut adalah syarat kelayakan untuk memasuki Madrasah Daulah.

BACA JUGA :   Tunku Azizah Tawar Izzue Islam dan Isteri Dapatkan Rawatan IVF

?Lelaki atau Perempuan
?Berumur 12 tahun hingga 30 tahun
?Mempunyai Semangat yang Tinggi dalam Menuntut Ilmu

Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi Ujian Imtihan Qabul iaitu ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Pelajar akan didedahkan dengan subjek seperti berikut :

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Selepas menduduki ujian kemasukan tersebut, pelajar yang cemerlang akan terus melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth yang merupakan sekolah menengah bertaraf antarabangsa. Namun jika pelajar kurang cemerlang, pelajar akan ditempat terlebih dahulu di Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah.

Sistem pengajian di Maahad Buuth adalah bersifat ‘lompat kelas’. Pelajar akan diberi peluang untuk lompat sehingga 2 kelas jika menguasai peperiksaan dengan cemerlang. Bukan situasi yang aneh jika terdpat pelajar yang berusia dan muda dalam satu kelas yang sama.

Seterusnya selepas menamatkan pengajian di Maahd Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Bidang Pengajian Islam pula terbahagi kepada tiga iaitu :

BACA JUGA :   Senam sekejap banyak faedah

✅Bahasa Arab
✅Usuluddin
✅Syariah Islamiah

Melalui Madrasah Daulah, pelajar mampu ke melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa perlu SPM dan STAM. Universiti Al-Azhar adalah impian setiap pelajar dan merupakan universiti tertua di Mesir.

Lakukan pendaftaran awal di : https://bit.ly/32R1pPO

Daftar segera kemasukan ke Madrasah Daulah melalui Daulah Educonsult . Jalani sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan terbaik mereka.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here