Muhammad Syukur Khamis atau dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ atau ‘Kampung Boy’ telah terkenal dengan gambar aksinya bersama kerbau-kerbau milik bapanya. Gambar-gambar yang diambil telah menjadi terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.
Malah gambar-gambarnya yang berlatar belakangkan perkampungan Melayu turut dipamerkan di muzium galeri di Rome serta negara-negara Eropah yang lain. Pencapaian ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan untuk Malaysia sekaligus menaikkan nama negara.
Muhammad Syukur juga telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Award dalam kategori Wajah dan Karakter Menarik. Dia juga turut dinobatkan sebagai pemenang Asian Graphic : Asia Image 2018 bagi kategori Manusia/Jalanan (Human/Street).
Akan tetapi, ‘Mowgli Malaysia’ itu dikejutkan dengan kematian kerbau-kerbau milik ayahnya beberapa hari yang lalu secara berperingkat.
Kira-kira 36 ekor kerbau milik Pak Khamis itu telah mati dengan kerugian yang melebihi RM200,000. Difahamkan, kerbau-kerbau itu mati secara berperingkat sejak Rabu yang lalu.
Ketika ditemui oleh Sinar Harian, Syukur berkata dia mula sedar kejadian itu dengan kematian seekor kerbau peliharaan bapanya dan disusuli beberapa ekor lagi.
Menurut Pak Khamis atau Khamis Jusoh iaitu ayah kepada Muhammad Syukur berkata mereka telah menternak kerbau-kerbau sejak 50 tahun yang lalu. “Rasa sedih memang tak dapat dibendung sebab terlalu banyak kerbau yang mati. Kalau diikutkan seekor kerbau berharga antara RM3,000 ke RM7,000. Kerugian dianggarkan lebih RM200,000” katanya.
Hari Sabtu dan Ahad yang lalu, kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sudah datang ke rumah mereka untuk membuat siasatan punca kematian kerbua-kerbau miliknya.
Katanya lagi, “berkemungkinan besar kerbau-kerbua itu mati disebabkan penyakit hawar berdarah, walaubagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan itu akan diperoleh dua minggu lagi”.
Pernahkah anda menyimpan impian untuk menyambung pengajian ke luar negara, tetapi masih keliru tentang langkah pertama yang perlu dilakukan?
Mungkin anda bercita-cita menjadi doktor, doktor...
Tak perlu tunggu sehingga umur 18 tahun untuk mula merancang masa depan pendidikan! 🎓🌍
Ramai ibu bapa memilih laluan IGCSE untuk anak-anak kerana sistem ini...
Ramai pelajar mempunyai impian untuk menyambung pengajian ke luar negara. Ada yang bercita-cita menjadi doktor, doktor gigi, ahli farmasi, doktor veterinar atau menceburi bidang...