Sehingga semalam kes positif COVID-19 di Malaysia masih kekal dengan tiga angka iaitu sebanyak 115 kes. 112 daripada 115 kes adalah kes tempatan manakala 3 kes lagi adalah kes import. Tiada kematian yang direkodkan sehingga semalam. Namun keadaan ini semakin membimbangkan apabila masih kekal dengan tiga kes.
Sebuah kluster baharu telah dikesan iaitu Kluster Jalan Apas di Selangor. Kes ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurut kepada rekod perjalanan, mereka ialah pasangan suami isteri yang pernah mempunyai perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah dari 13 hingga 16 September yang lalu.
Ujian saringan telah dilakukan terhadap kontak rapat dengan pasangan suami isteri itu. Malah, sebagai langkah pencegahan awal KKM juga telah melakukan ujian saringan diĀ  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ramai yang merungut kerana mereka terpaksa tunda penerbangan mereka dan tunggu kurang daripada tiga jam berbanding 27 September 2020 selama enam jam.
Ujian saringan itu dilakukan kerana untung mengesan kes positif yang ada di Sabah. Memandangkan pada minggu lalu ramai rakyat Sabah dari semenanjung pulang ke negeri mereka, ujian saringan perlu dilakukan. Namun, walau ujian saringan dibuat, kes positif masih meningkat dan semakin merebak sehingga ke semenanjung Malaysia.
28 September 2020, terdapat kes positif COVID-19 yang baru berlaku terhadap dua orang pelajar sekolah di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Namun kedua-dua pelajar itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut berkaitan dengan COVID-19 dan pelajar terbabit pernah punyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Kelas yang mereka duduk untuk belajar telah dijalankan proses disinfeksi namun sesi persekolah tetap berjalan seperti biasa. Perkara ini juga membimbangkan pihak ibu bapa lain yang mempunyai anak mereka bersekolah disitu. Tetapi penutupan sekolah akan dilakuakn sekiranya perlu.
Lain pula di Johor Bharu apabila seorang kakitangan CIMB telah disahkan positif COVID-19 yang bertugas di bahagian komersial, cawangan Permas Jaya. Bahagian itu telah melaporkan bahawa proses disinfeksi akan dijalankan di seluruh cawangan CIMB. Malah CIMB cawanganPermas Jaya akan dibuka seperti biasa untuk pelanggan mereka.
Kes ini sudah semakin jauh merebak sehingga ke Johor. Kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada mereka yang baru pulang daripada Sabah perlu menjalani proses kuarantinkan diri di rumah masing-masing selama 14 hari.
-September 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here