Kes COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan apabila kes kian meningkat kepada tiga angka. Tambahan waktu kini di Malaysia sedang hangat dengan isu politik yang berlaku di Sabah semakin membimbangkan KKM.
Beberapa hari yang lalu kes COVID-19 telah dikesan didapati di sebuah pusat membeli belah ternama di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Sunway Pyramid. Seorang kakitangan di sebuah premis peralatan sukan dikesan positif COVID-19. Malah, kakitangan tersebut disahkan mempunyai ‘sejarah perjalanan’. Ujian saringan telah dilakukan terhadap mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tersebut bagi mengesan mereka.
Pusat hiburan itu turut telah melakukan proses disenfeksi di semua tempat. Mereka tidak tahu ke mana kakitangan tersebut telah pergi dan dengan siapa dia berjumpa jadi proses disinfeksi telah dilakukan di semua tempat. Namun, pada hari keesokannya, seorang kakitangan di NU Sentral pula disahkan positif COVID-19. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
NU Sentral merupakan pusat membeli belah yang terletak bersebelahan dengan KL Sentral yang mempunyai LRT, KTM stesen bas di kawasan itu. Walaubagaimanapun, proses disinfeksi telah dilakukan segera mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Kesemua ini mempunyai sejaraah perjalanan mungkin dari luar negara atau dalam negeri.
KKM dan kerajaan telah menetapkan supaya rakyat Malaysia sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sekiranya kes ini semakin meningkat dan nombornya semakin membimbangkan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin terpaksa dilaksanakan. Jadi buat masa sekarang, kita perlu mengelakkan pergi ke tempat tumpuan orang ramai.
Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Sama ada tekanan di tempat kerja, di rumah, atau dalam perhubungan, cara kita menghadapinya akan...
Menunggu keputusan UPU boleh menjadi satu tempoh yang penuh dengan ketidakpastian dan tekanan. Ramai pelajar menghabiskan masa berbulan-bulan menanti tanpa mengambil sebarang langkah alternatif....
Dalam kalangan pelajar Malaysia yang bercita-cita menjadi doktor, pemilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sering menjadi topik hangat, terutama sekali kalau pelajar yang...