Kerajaan sedang bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus pada setiap pembelian secara dalam talian. Malah caj perkhidmatan ini juga akan dikenakan pada laman portal e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
Cadangan ini telah diberikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin. “Contohnya pembelian RM1,000 dikenakan 20 sen atau 0.02 peratus” katanya.
Tambah ujarnya lagi “Jadi kita dapatlah gunakan wang itu untuk keselamatan (siber). Sebab kosnya pun mahal”.
Namun Timbalan Menteri itu belum menetapkan jumlah minimum pembelian yang membolehkan caj itu dikenakan.
Katanya, cadangan ini masih dalam peringkat kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah salah satu untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.
Cadangan ini telah mendapat komen dari sudut pandangan yang berbeza. Ada yang menyokong cadangan ini kerana ia merupakan cukai yang perlu dibayar oleh peniaga atas talian manakala ada yang membantah cadangan ini.
rasanya perlu caj sebab ini tak adil la bagi peniaga2 kedai fizikal yang kena bayar cukai..lesen niaga apa semua… so penjualan atas talian pun harus kene la caj cukai gak nak buat bisnes tu. Tapi ni caj bagi pembeli ke atau penjual? kalau pembeli kene caj ni membebankan dah ni
— azwanyusuf (@axwanyusuf) September 8, 2020
Selagi boleh caj, selagi boleh kenakan cukai, selagi tu dorang buat. Duit dah tak ada macam tu je lah dia kerah dari kita?
— Emylia Izzati (@b_emyliaizzati) September 8, 2020
Apa pun yang akan berlaku, kita tunggu sahaja keputusan daripada kerajaan tentang cadangan ini.
-September 2020