Kluster baharu telah dikenalpasti di Lahad Datu Sabah yang dikenai sebagai Kluster Benteng. Kluster ini membabitkan tujuh tahanan yang terdiri daripada enam Pendatang Tanpa izin (PATI)  dan seorang warga tempatan. Mereka berusia sekitar umur 22 tahun hingga 55 tahun.

Menurut Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, setakat ini seramai 50 orang ditahan untuk ujian saringan dengan 43 indivisu dikesan negatif. Namun mereka yang postif ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Tambahnya, kerjasama antara Kementerian Kesihatan , Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia diperlukan bagi mengawal sempadan negara. Situasi ini dapat dilihat dengan kejayaan menahan PATI dari memasuki negara dan sekaligus mengelakkan dari penularan jangkitan wabak COVID-19 dari negara luar.

BACA JUGA :   Kenali Endemik, Epidemik & Pandemik

“Kesemua PATI yang ditangkap akan disaring terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam lokap. Hasil saringan tersebut kita mendapati tujuh individu dikesan positif Covid-19.”

Seterusnya, aktiviti mengesan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih dijalankan untuk mencari punca jangkitan yang masih dalam siasatan. Sementara di Kedah, terdapat peningkatan kes baharu yang melibatkan Kluster Tawar dan Telaga di Kedah.

“Sebanyak 17,880 individu di saring bagi Kluster Tawar di Kedah dan Pulau Pinang dengan 75 orang dikesan positif, 16,376 orang negatif sementara di Perak kekal 11 saringan dengan semuanya dilaporkan negatif.”

Deenamik nasihatkan anda yang berada di tempat khalayak umum sentiasa jaga kebersihan dan pakai pelitup muka walau dimana anda berada.

BACA JUGA :   Masih Menerima Kedatangan tetapi Bersyarat - Thailand

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here