Rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan boleh berdaftar sebagai konsultan SAFER FOOD. Konsultan SAFER FOOD ialah orang yang akan menguruskan dan memberi khidmat konsultan kepada mana-mana perniagaan makanan. Mereka boleh membantu untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant.
Bagaimana hendak berdaftar? Hanya dengan muat turun aplikasi SAFER FOOD sahaja melalui Google Play Store bagi Android atau Apps Store bagi Apple. Mereka juga boleh melakukan pendaftaran dengan hanya tekan sahaja laman web yang ada di bawah.
Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Konsultan SAFER FOOD sedang dicari di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor. Manakala bagi negeri lain dibuka di Johor, Penang dan Pahang. Macam mana kalau ada yang tidak percaya dengan konsultan? Jangan risau sebab SAFER FOOD akan berikan satu nombor khas yang menunjukkan mereka ialah konsultan SAFER FOOD yang sah.
Apa itu Safer Food Merchant? Safer Food Merchant ialah platform kepada mereka yang mempunyai perniagaan dan promosikan makanan secara dalam talian. SAFER FOOD akan membantu mereka menaikkan jumlah olanggan harian dan meningkatkan jumlah pendapatan mereka.
Namun untuk berdaftar, mereka perlu mematuhi beberapa syarat yang perlu diikuti. Syarat yang perlu diikuti ialah mempunyai kad pengenalan, lesen perniagaan, sijil halal dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Apabila kesemua ini sudah melengkapi, maka pengakifan akaun dapat dilakukan dalam masa satu hari sahaja.
Selepas mendaftar dan melengkapkan butiran yang diminta, mereka perlu menetapkan tetapan pada perniagaan makanan mereka di SAFER FOOD. Antara yang perlu dilakukan ialah
    • Waktu operasi kedai
    • Kemaskini lokasi
    • Menu makanan
    • Akaun bank
Apabila kesemuanya sudah lengkap maka mereka boleh menjalankan perniagaan mereka dengan lebih mudah. Tetapi sekiranya maklumat atau butiran tidak dapat dilengkapkan, jangan risau SAFER FOOD akan sedia membantu. SAFER FOOD telah menyediakan kelas kepada Safer Food Merchant yang berdaftar untuk mengajar mereka bagaimana untuk melakukan pendaftaran, memuat naik maklumat dan sebagainya.
Namun untuk masuk ke kelas tersebut, mereka perlu mendaftar atau menghubungi dahulu ke SAFER FOOD untuk sesi kelas tersebut. SAFER FOOD buka kelas tersebut pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Jika kurang jelas, boleh belajar melalui kelas SAFER FOOD.
Siapa yang layak untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant? Mereka yang mempunyai perniagaan makanan samada perniagaan trak makanan, home kitchen, restoran, warung dan banyak lagi.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 
?   Khidmat Pelanggan : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here