Banjir kilat yang melanda ibu negara Kuala Lumpur petang semalam disifatkan berlaku dengan agak pantas dan luar biasa. Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, pihak mereka akan mengkaji punca sebenay yang menyebabkan bajir kilat tersebut. Dewan Bandaraya kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) diminta untuk bekerjasama.

Menurut Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri Wilayag Persekutuan, beliau akan mengarahkan bilik operasi di Jalan Pekeliling untuk dibuka segara. Hal ini bagi memudahkan aktiviti pemantauan kawasan yang terjejas selain memudahkan bantuan terhadap penduduk yang terlibat.

Difahamkan terdapat kenderaan dan rumah di Kampung Baru dan di Masjid India. Pihak berwajib diharapkan melakukan pemantauan dan tindakan segera perlu dilakukan.

BACA JUGA :   Aplikasi "TikTok" diharamkan dari PlayStore dan AppStore

Terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa terowong SMART lambat diaktifkan sehingga menyebabkan banjir kilat, namun menurut Annuar perkara tersebut akan dikaji siasat terlebih dahulu.

“Saya nak tengok ia dilaksanakan segera, terutama sekali mereka yang perlukan bantuan seperti kereta tenggelam atau rumah tenggelam,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di perkarangan Stesen LRT Masjid Jamek.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here