Umum tahu bahawa kemasukan ke Maahad Buuth umpama bulan jatuh ke riba. Hal ini kerana kemasukan ke Maahad Buuth perlu jalani ujian saringan iaitu Ujian Imtihan Qabul. Pelajar yang tiada persediaan rapi, berkemungkinan sukar untuk memasuki Maahd Buuth. Oleh itu, Deenamik sarankan pelajar yang berminat untuk mendaftarkan diri ke Madrasah Daulah terlebih dahulu. Madrasah Daulah adalah institusi pendidikan yang menyediakan persiapan rapi kepada pelajar.
Kemasukan seterusnya adalah pada bulan Oktober dan November 2020. Jika anda berminat, lakukan pendaftaran awal dengan lengkapkan borang permohonan di bawah. Pihak Daulah Educonsult akan hubungi anda untuk tindakan lebih lanjut.
Madrasah Daulah adalah platfom terbaik untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al- Azhar tanpa perlukan sijil SPM dan STAM. Kemasukan ke Universiti Al-Azhar adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Melalui Madrasah Daulah, pelajar berpeluang ke Al-Azhar tanpa perlukan sijil SPM dan STAM.
SYARAT KELAYAKAN
?Lelaki atau Perempuan
?Berumur 12 tahun hingga 30 tahun
?Mempunyai semangat yang Tinggi dalam Menuntut Ilmu
Sepanjang berada di Madrasah Daulah kira-kira 1 hingga 2 tahun, pelajar akan dipersiapkan dengan rapi untuk duduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Oleh itu. pelajar akan mengikuti kelas seperti berikut :
❄️Tahsinul QURAN
❄️Tahfizul Quran
❄️Talaqqi Dalaman
❄️Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
❄️Pengajian Umum
❄️Pengajian Bahasa Arab
❄️Program Study Tour
Setelah nama naik untuk duduki Ujian Imtihan Qabul, pelajar yang cemerlang akan melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth iaitu sekolah menengah antarabangsa. Namun jika pelajar kurang cemerlang atau gagal, pelajar akan ditempatkan dahulu di Dirosah Khossoh iaitu pra menengah. Di Dirosah Khossoh, pelajar akan dipersiapkan dengan lebih rapi untuk memasuki Maahad Buuth.
Maahad Buuth adalah di bawah kelolaan Insituti Al-Azhar Asy Syariff. Pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi ini bakal menikmati pengajian percuma kerana ditanggung sepenuhnya oleh institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan belajar seperti buku dan sebagainya. Kos tenaga pengajar dan yuran adalah ditanggung.
Untuk makluman, pengajian di Maahad Buuth adalah bergantung kepada penguasaan pelajar. Pelajar dibenarkan untuk ‘lompat kelas’ sehingga 2 kelas jika cemerlang dalam pengajian. Bukan satu hal yang menghairankan jika tempoh pengajian pelajar berbeza. Di Maahad Buuth, pelajar akan belajar bersama dengan pelajar dari lebih 114 buah negara di seluruh dunia.
Seterusya pelajar akan meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam. Tempoh pengajian adalah selaam 4 tahun . Kemampuan Al-Azhar dalam melahirkan pemikir Islam tidak perlu disangkal lagi kehebatannya.
Daftar segera sebelum kuta yang ditawarkan penuh! Kemasukan seterusnya adalah pada Oktober dan November 2020.
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)