Peniaga yang mahu mempromosikan perniagaan mereka perlu mendaftar dengan Safer Food Merchant. Pendaftaran adalah percuma. Sebarang perniagaan makanan, tidak kira peniaga trak makanan, memasak dirumah untuk dijual (home kitchen), restoran mahupun peniaga kecil-kecilan. Sesiapa pun yang mahu menjual produk makanan mereka boleh mendaftar ke Safer Food.

Safer Food akan membantu peniaga yang berdaftar di Safer Food Merchant untuk meningkatakan jualan makanan yang dihasilkan oleh mereka untuk dijual secara atas talian. Peniaga boleh memuat turun aplikasi Safer Food di Google Play Store ataupun Apple App Store.

Google Play Store : https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store : https://bit.ly/SaferFood-AppStore

Untuk berniaga di Safer Food, peniaga mestilah menepati beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Safer. Peniaga mestilah memastikan mereka memiliki dokumen penting untuk mengaktifkan kedai mereka, dokumen yang dikehendaki ialah seperti kad pengenalan diri, lesen perniagaan mereka, sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

BACA JUGA :   Caj Penolakan Rendah & Waktu Bekerja Fleksibel Di Safer Food Merchant

Sejurus selesai dengan pendaftaran, peniaga wajib melengkapkan butiran perniagaan mereka seperti waktu kedai beroperasi, menu makanan dan juga harga. Anda perlulah memastikan profil perniagaan anda mampu menarik perhatian untuk pengguna membeli.

Sekiranya anda masih tidak memahami bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan anda, sila klik linkdi bawah untuk menonton video tentang cara – cara pendaftaran Safer Food Merchant di Youtube.

Selain daripada menonton video tutorial, Safer Food juga menyediakan kelas dimana peniaga akan diajar cara untuk melakukan pendaftaran, muat naik dokumen, gambar dan lain – lain. Untuk makluman anda, jika anda mahu menyertai kelas tersebut anda perlu lengkapkan borang permohonan di bawah. Waktu kelas ialah Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Anda hanya perlu klik link di bawah untuk sertai kelas yang diadakan.

Link untuk menempah kelas : https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood

Rider Konsultan dan Konsultan

Safer kini giat mencari rider konsultan dan juga konsultan luar dalam membantu peniaga untuk mendaftarkan makanan mereka. Untuk menjadi rider konsultan atau konsultan terdapat syarat yang perlu dipatuhi:

BACA JUGA :   Jom Daftar Sebagai Vendor Di Safer Food Sekarang.

Rider Konsultan

  • Mampu untuk bekerja di bawah KPI
  • Lelaki atau perempuan
  • Mempunyai motosikal sendiri
  • Merupakan seorang Rider Safer
  • Berumur 18 tahun dan keatas

Untuk konsultan luar pula tiada syarat yang ditetapkan, ianya terbuka bagi sesiapa yang mahu menyertai. Safer Food ada menyediakan nombor siri untuk mengesahkan bahawa konsultan tersebut ialah konsultan daripada Safer Food. Untuk makluman pembaca Deenamik, Safer Food sedang melakukan pencarian Konsultan di beberapa tempat. Antaranya ialah Kuala Lumpur, Selangor, Lembah Klang, Johor, Penang dan juga Pahang.

Untuk mengetahui lebih banyak informasi berkaitan dengan Safer, anda bolehlah melayari laman sesawang dan juga media sosial kami.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here