Safer kalini sedang mencari Safer Delivery Partner atau rakan penghantar Safer untuk menghantar barangan, bungkusan atau makanan kepada pengguna. Segala tempahan yang dibuat oleh pengguna akan dihantar oleh mereka tidak kira jauh atau dekat. Malah, dalam masa yang sama juga mereka akan jana pendapatan serentak.
Bagaimana untuk melakukan pendaftaran? Muat turun aplikasi Safer Driver melalui Google Play Storebagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Mereka boleh juga melakukan pendaftaran dengan tekan link yang tertera di bawah.
Selepas muat turun jangan lupa untuk berdaftar ye! Tapi sebelum nak berdaftar, perlu mengikut beberapa syarat yang ditetapkan perlu memuat naik beberapa butiran di dalam aplikasi Safer Driver. Butiran yang perlu ada untuk berdaftar ialah kad pengenalan, lesen dan gambar profil. Kesemua maklumat ini hendaklah maklumat yang sah dan WAGANEGARA SAHAJA.
Lesen kenderaan perlu ada tetapi sekiranya penunggang motorsikal mempunyai lesen L, lesen itu boleh diterima untuk melakukan pendaftaran. Kenderaan juga mereka perlu ada samada motorsikal, kereta, trak, van dan lain-lain lagi kenderaan. Kenderaan yang hendak didaftarkan juga tidak mempunyai had tahun bila ia dikeluarkan.
Safer Delivery Partner perlu mempunyai telefon bimbit mudah alih supaya mudah untuk mereka menerima tempahan daripada pengguna. Aplikasi Safer Driver juga perlu ada untuk menerima tempahan. Di sini, mereka boleh menerima pendapatan aktif dengan tempahan yang diambil daripada pelanggan.
Pendapatan pasif boleh dijana dengan konsgikan referral code kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Referral code boleh didaptkan di dalam aplikasi yang sama di bahagian Invite Friends. Semakin ramai yang menggunaka kod tersebut pada salah satu perkhidmatan di Safer, makin banyaklah pendapatan pasif boleh dijana.
Seronok kan dengan Safer? Banyak cara boleh digunakan untuk jana pendapatan secara berterusan dengan hanya satu aplikasi sahaja.
Dalam dunia yang semakin berubah dengan kemajuan teknologi, ramai pelajar dan ibu bapa tertanya-tanya "adakah kerjaya veterinar masih relevan ada masa depan?". Dengan wujudnya...
Ramai pelajar selalu terlepas pandang tentang pentingnya daftar awal bila nak sambung belajar, terutamanya di luar negara. Ada yang rasa "tak apa, daftar nanti...
Hi Daulahians! Nak tahu job scope untuk farmasi ni luas sangat sebenarnya. Ini beberapa senarai kerjaya bagi bidang farmasi.
Farmasi Komuniti: Ahli farmasi komuniti bekerja...