![]()
Daulah Educonsult kini membuka tawaran kepada semua pelajar untuk sambung pengajian ke peringkat seterusnya di luar negara. Pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya boleh berdaftar di bawah Daulah Educonsult. Daulah Educonsult juga membuka pendaftaran sesi Oktober dan November di sebuah universiti di Rusia.
Rusia ialah salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult untuk lanjutkan pengajian ke luar negara. Terdapat juga negara lain yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Antaranya seperti Mesir, Turki, Poland, Bangladesh dan Indonesia termasuk juga Rusia.
Rusia menawarkan sebuah universiti yang terkemuka di negara itu dan telah disenarai sebagai 10 universiti terbaik di Rusia. Universiti KSMU atau nama panjangnya Kursk State Medical University merupakan sebuah universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam ujian praktikal bidang perubatan.
Selain sesi Oktober dan November, KSMU ada membuat pembukaan pada sesi lain iaitu Februari, April, Jun dan September. Namun disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda, keempat-empat sesi itu terpaksa ditangguh dan dibawa ke Oktober dan November 2020. Tapi keempat-empat sesi itu akan dibuka semula pada tahun hadapan iaitu 2021.
![]()






