SAFER FOOD sebuah platform yang juga aplikasi untuk membantu peniaga-peniaga makanan mempromosikan makanan secara dalam talian.
Peniaga makanan boleh berdaftar di SAFER FOOD sebagai Safer Food Merchant dengan percuma. Tiada bayaran akan dikenakan untuk pendaftaran.
Siapa yang boleh berdaftar sebagai Safer Food Merchant? Semua peniaga makanan seperti home kitchen, restoran, peniaga trak makanan, peniaga kecil dan banyak lagi.
Hanya muat turun aplikasi SAFER FOOD melalui Google Play Store atau Apps Store. Pendaftaran juga boleh dilakukan di laman web SAFER atau tekan sahaja laman web di bawah.
Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Apa itu home kitchen? Home kitchen mereka yang menjual makanan hanya dari rumah. Mereka memasak makanan yang ditempah hanya dari rumah. Jadi home kitchen adalah sangat sesuai untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant.
Pelbagai jenis makanan boleh didaftarkan di SAFER FOOD. Tetapi sebelum berdaftar mereka hendaklah mempunyai kad pengenalan, lesen perniagaan, sijil halal dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, mereka juga perlu membuat tetapan kedai melalui SAFER FOOD.
      • Waktu operasi kedai
      • Kemaskini lokasi
      • Menu makanan termasuk gambar makanan
      • Akaun bank
Apabila kesemua maklumat ini lengkap seperti yang diminta, maka pengaktifan akaundapat dilakukan dalam masa satu hari sahaja. Tidak perlu tunggu waktu dan hari yang lama pun. Tapi kalau maklumat tidak dapat dilengkapkan, SAFER FOOD akan sedia membantu bagaimana untuk melakukan pendaftaran.

SAFER FOOD telah menyediakan kelas kepada Safer Food Merchant untuk melengkapkan maklumat yang tidak lengkap. Mereka perlu membuat temu janji atau tempahan dahulu sebelum memasuki ke kelas itu. Ini bagi mengelakkan waktu yang bertindih dengan waktu lain. Kelas dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari.
Selain itu, SAFER FOOD juga kini sedang mencari SAFER FOOD konsultan dan rider konsultan. Mereka diperlukan untuk memberi konsultasi kepada peniaga makanan yang berminat untuk berdaftar.
Konsultan SAFER FOOD akan diberikan nombor khas untuk menunjukkan mereka ialah konsultan sah SAFER FOOD.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 
?   Khidmat Pelanggan : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here