SAFER telah membuka peluang pekerjaan sebagai pemandu dan penghantar e-hailing. Mereka yang mempunyai kenderaan sendiri digalakkan untuk berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver secara percuma sahaja. Malah, pengaktifan akaun juga dapat dilakukan dalam masa satu hari sahaja selepas selesai berdaftar.
Cara untuk mendaftar ialah muat turun sahaja aplikasi SAFER DRIVER melalui Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan tekan sahaja link yang tertera di bawah.
Mereka yang hendak berdaftar perlu memuat naik beberapa butiran ke dalam aplikasi SAFRE DRIVER supaya pengaktifan dapat dilakukan dengan mudah. Butiran tersebut ialah kad pengenalan, lesen dan juga gambar.
Butiran yang diberikan perlu lah lengkap dan sah. Malah gambar juga perlu lah gambar yang sopan dan kemas supaya mudah untuk pengguna mengenal siapa yang akan menghantar atau mengambil mereka.
Selain daripada itu, mereka juga perlu memasukkan beberapa butiran untuk kenderaan yang hendak didaftar. Maklumat yang perlu ada ialah roadtax, geran, insurans dan akaun bank. Kesemua ini perlu ada untuk kenderaan mereka.
Bagi mereka yang berdaftar sebagai Safer Driver, mereka perlu ada lesen PSV dan EPV. Kedua-dua lesen ini adalah lesen yang wajib ada untuk melakukan pendaftaran sebagai pemandu kenderaan e-hailing. Lesen PSV akan diuruskan oleh pihak JPJ dan perlu mengambil beberapa ujian manakala lesen EPV akan diuruskan sendiri oleh Safer.
Bagi mereka yang berdaftar sebagai Safer Delivery Partner pula, mereka hanya perlu ada lesen dan bagi penunggang motorsikal sekurang-kurangnya mempunyai lesen “L”. Kenderaan yang hendak didaftarkan adalah tidak kisah pada tahun bila ia dikeluarkan.
Safer telah menyediakan beberapa jenis kenderaan untuk didaftarkan sebagai Safer Driver. Mereka boleh berdaftar sebagai SaferGo, Safer Gold, SaferGo Xtra dan Safer Indulge. Kesemua jenis kenderaan ini adalah berbeza-beza. Terdapat juga perkhidmatan lain di Safer. Video di bawah akan menerangkan lebih lanjut.
Malah, mereka juga boleh jana pendapatan pasif dan aktif secara serentak. Bagaimana? Pendapatan aktif boleh dijana bergantung berapa banyak tempahan yang diambil dalam satu-satu masa. Manakala pendapatan pasif dijana dengan kongsikan referral code kepada orang ramai.
Referral code tersebut sudah diberikan melalui aplikasi SAFER DRIVER jadi mereka hanya kongsikan sahaja. Apabila orang ramai menggunakan kod tersebut untuk berdaftar dan gunakan perkhidmatan yang ada di Safer, maka pendapatan pasif boleh dijana. Mudah sahaja kan.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...