Rusia merupakan salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Daulah Educonsult merupakan sebuah anak syarikat daripada Daulah Holding yang menawarkan pembelajaran ke luar negara.
Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan konsultan kepada pelajar-pelajar. Antara negara lain yang ditawarkan selain Rusia ialah Mesir, Poland, Indonesia, Bangladesh dan Turki. Bidang yang ditawarkan di Rusia ialah perubatan, pra-perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, perniagaan antarabangsa dan banyak lagi.
Kursk State Medical University ialah sebuah universiti yang tersenarai 10 universiti perubatan terbaik di Rusia. Malah universiti ini juga merupakan universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam program latihan perubatan di KSMU.
Bidang yang ditawarkan di universiti ini ialah pra-perubatan dan perubatan. Terdapat juga bidang lain iaitu pergigian, farmasi dan gerontologi. Pelajar yang sambung belajar ke KSMU sangat beruntung kerana yuran yang dikenakan adalah secara lock-fee. Yuran pengajiannya dibayar dengan menggunakan mata wang Malaysia tanpa ada tambahan yuran lain atau bunga.
Universiti lain yang menawarkan bidang perubatan selain Kusrk State Medical University ialah Privolzhsky Research Medical University yang terletak di Bandar Privolzhsky. Universiti ini merupakan universiti yang paling berprestij di Bandar Privolzhsky dan menduduki tangga ke-6 daripada 46 institusi pengajian perubatan yang lain. Tempoh pengajian di universiti ialah selama 6 tahun.
Universiti ketiga yang menawarkan bidang perubatan ialah Volvograd State Medical University yang terletak di bahagian selatan Rusia. Universiti telah ditubuhkan pada tahun 1935 di Volvograd dan pada tahun 1962 universiti ini menawarkan pembelajaran ke peringkat antarabangsa. Pada tahun 2000 pula universiti telah menggunakan Bahasa Inggeris dalam bidang yang ada.
Saint Petersbug University ialah universiti yang ditubuhkan di Rusia iaitu pada tahun 1724. Universiti ini telah mengekalkan hubungan dengan universiti di peringkat antarabangsa seperti Universiti Bologna, Universiti Bebas Itali, Universiti Hamburg dan banyak lagi.
Universiti terakhir yang menawarkan bidang kejuruteraan pesawat ialah Moscow Aviation Institute. Institusi ini telah ditubuhkan pada tahun 1930 dengan menubuhkan institusi ini sebagai sebuah universiti yang penerbangan utama di Rusia. Tempoh pengajian sepanjang belajar di Moscow Aviation Institute ialah selama 4 tahun. Bidang yang ditawarkan ialah Diploma Kejuruteraan Aircraft dan Ijazah Kejuruteraan Aircarft.
Banyakkan yang ada ditawarkan oleh Daulah Educonsult di Rusia. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...