Seorang penyanyi kelahiran Sabah, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya pada jam 1 pagi tadi di Hospital Putrajaya. Penyanyi lagu Hey!Kau itu difahamkan terlibat dengan kemalangan pada hari Sabtu yang lalu. Kemalangan itu terjadi semasa mangsa dan rakannya dalam perjalanan hendak ke Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi melakukan rehearsel penuh dalam program Big Stage 3.
Ketika dalam perjalanan bersama rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik. Kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mangsa telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya manakala rakannya menerima rawatan pesakit luar.
Kereta Sandra Dianne juga merempuh tiga buah kenderaan lain dan terbalik.
Berita duka itu telah dikongsi oleh seorang penyanyi, Sufie Rashid di Instagram miliknya.
Pilihan Pengajian Perubatan Antarabangsa dengan Pengalaman Akademik dan Klinikal
Impian untuk menjadi seorang doktor masih boleh direalisasikan walaupun anda tidak berjaya mendapat tempat di universiti...
Impian menjadi doktor, doktor gigi, ahli farmasi atau doktor veterinar? Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta, Indonesia merupakan antara institusi pengajian tinggi yang boleh dipertimbangkan...
Peluang melanjutkan pengajian perubatan di luar negara mungkin lebih dekat daripada yang anda sangkakan.
Bagi pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, memilih universiti yang...