Negara yang sedang bergelut dengan virus COVID-19 kini dihebohkan pula dengan isu politik. Kes positif COVID-19 pada 23 September 2020 telah meningkat secara mendadak dengan sebanyak 147 kes. 143 merupakan warga tempatan dan 4 adalah import.
Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan dengan tema Kita Prihatin secara siaran langsung pada jam 2.30 petang. Konteks yang terdapat dalam ucapan beliau ialah kesemua rakyat Malaysia yang memohon Bantuan Prihatin Malaysia (BPN) adalah layak untuk menerima BPN 2.0. Selain itu, kerajaan juga akan memberikan bantuan dari segi kewangan kepada rakyat yang layak.
Dengan tanda pagar #KitaPrihatin, seorang netizen telah kongsikan bayaran yang akan disalurkan kepada rakyat melalui laman Twitternya.

Ramai rakyat Malaysia yang mengucapkan kata syukur kerana dengan bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban yang melanda mereka. Tidak semua mempunyai pendapatan yang tetap lagi-lagi musim COVID-19 ini. Ada yang dibuang kerja, dipotong gaji jadi dengan bantuan ini dapat memudahkan kehidupan mereka.
Namun di sudut lain pula, terdapat isu politik yang berlaku. Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim berkata beliau sudah dapat majoriti yang cukup untuk bentuk kerajaan baru.
Beliau sepatutnya berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Selasa yang lalu namun terpaksa ditangguh kerana Yang Di-Pertuan Agong sedang gering. Beliau kini sedang dirawat di Institusi Jantung Kebangsaan.
Tetapi Anwar Ibrahim tambah akan berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Agong apabila beliauย  sudah betul-betul sembuh. Parti lain yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir pula masih belum memberi jawapan samada untuk bergabung bentuk kerajaan baru.
Namun, tindakan daripada Anwar Ibrahim ini telah menimbulkan pendapat daripada pelbagai pihak.

Bagi pihak Tan Sri Muhyiddin pula, beliau telah mengeluarkan kenyataan selepas perutusan khas di laman media sosial Twitter miliknya.

Tan Sri Muhyiddin mengatakan beliau masih Perdana Menteri dalam Twitter miliknya. Beliau berkata dakwaan yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim berkenaan dengan pembentukan kerajaan baru perlu dibuktikan dan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa proses itu kerajaan baru tidak boleh dibentuk sesuka hati.
Walau apa pun keputusan kerajaan, utamakan lah dahulu rakyat. Rakyat marhaen di Malaysia kebanyakkannya terpaksa membuat dua tiga kerja dalam masa satu hari untuk menampung keluarga dan hidup. Semoga semuanya akan dipermudahkan.
– September 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here